Songkok pula cetus kemarahan umat Islam, menteri arah ambil tindakan

August 25, 2022 · Isu semasa

Belum reda isu model berpakaian seksi, termasuk memakai baju terbuka tanpa coli ketika minggu fesyen di Kedah, muncul pula rekaan yang didakwa mencemarkan pakaian yang sering dipakai umat Islam – songkok – yang langsung tidak kena dengan budaya dan agama Islam.

Kejadian berlaku ketika Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini apabila seorang model lelaki mengenakan songkok, tetapi pakaiannya mendedahkan aurat – berjaket terbuka dan memakai seluar pendek.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap individu yang melakukan provokasi terhadap Islam di KLFW.

Beliau menegaskan tindakan segera bagi memastikan perkara seumpama itu dapat dibendung dan dijadikan pengajaran kepada semua pihak.

Menegaskan agar semua pihak di negara ini tidak cuba mempermainkan atau membuat sebarang unsur provokasi terhadap agama Islam, beliau mengingatkan bahawa umat Islam tidak pernah mengganggu atau menghina agama lain.

“Kita tidak pernah mengganggu agama lain dan kita tidak pernah menghina agama lain kerana ia merupakan ajaran agama Islam yang dididik oleh agama Islam itu sendiri. Kita harap orang (agama) lain menghormati agama Islam.

“Kamu bebas untuk menganuti agama kamu tetapi jangan ada unsur-unsur bersifat provokasi,” katanya mengulas isu seorang model lelaki Cina yang mengenakan songkok, tetapi pakaiannya mendedahkan aurat, pada KLFW itu.

Idris berkata apa yang dimahukan adalah agar sentiasa wujud masyarakat yang harmoni dan sejahtera yang telah dibina sekian lama di negara ini, sejak zaman kemerdekaan lagi yang perlu dikekalkan.

“Masyarakat Islam kita cukup marah dan kecewa. Sempadan batas agama, sensitiviti keagamaan dan kaum usah dibuat bahan mainan.

“Usahlah kita berperilaku yang melanggar dengan ajaran agama, adat ketimuran dan tatasusila. Pastikan untuk sentiasa berfikir panjang sebelum melakukan apa-apa perbuatan.

“Pihak berkuasa perlu ambil tindakan segera terhadap individu tersebut supaya perkara ini dapat dibendung dan dijadikan pengajaran kepada semua pihak,” katanya.

Seorang pengguna media sosial Hambali Idrus berkata sejarah songkok yang diinspirasikan daripada Fez Turki, seperti yang tercatat di dalam Syair Siti Zubaidah “..berbaju putih bersongkok merah..” juga telah menjadi pakaian rasmi diperkenan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar untuk mengadaptasi Fez sebagai pakaian Melayu Johor.

“Apabila kita kembali pada sejarah Fez itu sendiri, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Fez merupakan nenek moyang songkok malah ia menjadi sebahagian pakaian rasmi tentera Uthmaniyah sejak zaman Sultan Mahmud II.

“Pemakaian songkok ini penuh dengan maksud dan jika ingin bercakap tentang seni, ia merupakan kesenian bangsa Melayu dan Islam malah seni itu juga hadir daripada falsafah yang wujud dalam pemakaian songkok Melayu itu sendiri,” katanya.

Berita berkaitan
Menteri PAS, Bersatu utus surat kepada Agong maklum tak setuju PRU semasa banjir
19 jam lalu· Isu semasa
Menteri PN gesa tumpu persediaan hadapi banjir, bukan PRU-15 seperti Zahid minta
September 24, 2022· Politik
Saya tak sembunyi apa-apa, kata Hishammuddin
August 13, 2022· Isu semasa
Zahid gesa tangani skandal LCS dengan bijaksana, bimbang mahkamah netizen
August 8, 2022· Isu semasa
Popular
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
UMNO nak PRU masa banjir, Agong tinjau persediaan banjir
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
9 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
9 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
10 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
10 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
11 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok