Solat sunat Aidilfitri di kawasan PKPD hanya di rumah

Kerajaan membenarkan solat sunat Aidilfitri diadakan di masjid dan surau dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagaimanapun berkata solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau di kawasan PKP Diperketat (PKPD) tidak dibenarkan.

Katanya, ketetapan prosedur operasi standard (SOP) solat sunat Aidilfitri akan diputuskan oleh pihak berkuasa agama kerajaan negeri masing-masing.

“Bagi menentukan siapa boleh hadir sama ada ada wanita atau kanak-kanak, ia terletak di bawah keputusan pihak berkuasa agama negeri … akan memaklumkan kepada setiap masjid dan surau di negeri masing-masing,” katanya pada sidang media, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, ziarah hari raya dan aktiviti ziarah kubur bagi kawasan PKPD juga tidak dibenarkan.

Kebenaran dan larangan lain ialah:

1. Ziarah Hari Raya dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP pada 1 hingga 3 Syawal, dengan syarat ketat;

2. Aktiviti ziarah kubur tidak dibenarkan di kawasan PKP, PKPD;

3. Penganjuran rumah terbuka Aidilfitri tidak dibenarkan di seluruh negara;

4. Amalan takbir raya dari rumah ke rumah sempena Aidilfitri tidak dibenarkan di seluruh negara;

5. Jamuan selepas solat hari raya di masjid dan surau tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKPD; dan

6. Ziarah Hari Raya bagi kawasan PKP dibenarkan pada 1 Syawal dengan kehadiran tetamu tidak lebih 15 orang pada satu-satu masa.

BERITA BERKAIT
POPULAR