Solat di masjid, surau tujuh daerah PKP di Kelantan dibenarkan

April 16, 2021 · Isu semasa

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan membenarkan solat fardu, Jumaat, dan Tarawih diadakan di masjid dan surau di tujuh daerah di negeri itu yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula tengah malam tadi hingga tamat PKP.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, solat Jumaat, fardu, Tarawih dan qiamullail di masjid negeri, bandar dan jajahan dibenarkan dengan kehadiran 70 peratus daripada kapasiti ruang masjid.

Tujuh daerah terbabit ialah Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang dan Bachok. Kebenaran diberikan dengan syarat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Bagi masjid mukim, surau dan musolla pula dibenarkan dengan kehadiran 50 peratus bilangan jemaah mengikut kapasiti sebenar masjid, surau dan musalla, katanya yang juga Tengku Temenggong Kelantan dalam satu kenyataan malam tadi.

“Pelaksanaan berkenaan perlu mengambil kira penjarakan fizikal satu meter antara jemaah dan boleh dilaksanakan dengan lapan rakaat dengan surah atau ayat pendek dalam tempoh tidak lebih 45 minit, tidak termasuk solat Isyak,” katanya.

Mohamad Rizam berkata, tazkirah tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan solat sunat tarawih, manakala tazkirah Subuh, Asar dan lain-lain termasuk aktiviti tadarus al-Quran adalah dibenarkan mengikut kapasiti yang telah ditetapkan dengan tidak melebihi tempoh 45 minit.

“Selain itu, tidak dibenarkan untuk mendapatkan khidmat imam untuk solat Tarawih dan penceramah untuk program Ihya Ramadan daripada luar Kelantan,” katanya.

Berita berkaitan
Tiada tindakan diambil terhadap Fahmi berkempen di masjid: MAIS
August 29, 2023· Politik
Saksi beritahu Zahid cari sumber kewangan lain bina masjid selepas akaun disita
August 22, 2023· Isu semasa
Polis kata Fahmi tak buat salah, JAIS masih siasat
August 3, 2023· Isu semasa
Tiada unsur kempen dalam masjid, Fahmi beri penerangan isu The 1975: Polis
August 2, 2023· Politik
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok