Sokongan Melayu daripada PH beralih kepada PN, kecewa ditipu semasa PRU14

November 22, 2021 · Isu semasa

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menyaksikan pengundi Melayu yang dahulunya menyokong Pakatan Harapan (PH) sudah beralih kepada Perikatan Nasional (PN) disebabkan kecewa kerana ditipu dengan janji semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Penganalisis melihat peratusan undi orang Melayu yang diberikan kepada PN semasa PRN Melaka sangat signifikan dan banyak berbanding yang diperoleh PH, cuma ia tidak cukup untuk membantu PN memenangi lebih banyak kerusi kerana undi terpecah disamping Melaka merupakan kubu kuat UMNO sejak sekian lamanya.

Lebih malang lagi, PH juga gagal menarik sokongan kumpulan pengundi yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN) dalam PRN Melaka sehingga menyebabkan peratusan jumlah pengundi pada hari mengundi sangat rendah.

Penganalisis politik Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berkata tidak dinafikan PN memecahkan undi dan kesannya sangat jelas memberi implikasi buruk kepada PH apabila kehilangan lebih banyak kerusi berbanding PN masih mengekalkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka.

“Bukan sahaja undi PH lari ke PN, mereka juga gagal menarik pengundi Melayu yang tidak berpuas hati dengan BN supaya beralih kepada PH,”

“Sebaliknya, undi tersebut beralih ke PN kerana pengundi terus berasa tidak selesa dengan tawaran PH selain kecewa dengan prestasi mereka sejak 2018,” katanya dipetik laporan portal.

Terdahulu, Presiden Amanah Mohamad Sabu turut mengakui kekalahan PH disebabkan Bersatu yang membawa undi Melayu kepada gabungan itu pada 2018.

PH kehilangan hampir separuh kerusi yang dimenangi mereka semasa PRU14 lalu dalam PRN Melaka.

Lebih malang lagi, parti diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu PKR tidak menang satu kerusi pun daripada 11 kerusi yang mereka bertanding.

Pada PRN Melaka kali ini, PH bertanding di kesemua 28 kerusi dengan PKR bertanding 11 kerusi DUN, lapan DAP dan sembilan Amanah.

PRN itu menyaksikan BN mencapai kemenangan besar dengan memenangi 21 kerusi dan memperoleh majoriti dua pertiga kerusi DUN.

PH hanya berjaya memenangi lima kerusi, manakala PKR tewas di semua kerusi ditandinginya.

Keputusan Anwar yang berdegil mahu meletak calon ‘katak berprinsip’ dalam PRN Melaka mendapat tentangan DAP namun beliau tidak menghiraukan dengan meneruskan juga rancangannya itu.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok