SKMM buka kertas siasatan terhadap saluran TV buat laporan palsu

February 21, 2023 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membuka satu kertas siasatan terhadap saluran televisyen tempatan, Awesome TV, susulan laporan berita yang mendakwa bilangan penjawat awam bakal dikurangkan.

Menerusi kenyataan hari ini, SKMM berkata kertas siasatan itu dibuka di bawah Seksyen 206 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 98) iatu kegagalan mematuhi syarat lesen, lapor Bernama.

Menurut MCMC, pertemuan antara SKMM dan pengurusan tertinggi Awesome TV telah diadakan semalam untuk mendapatkan penjelasan lanjut ekoran aduan berkenaan laporan yang disiarkan mengenai cadangan mengurangkan bilangan penjawat awam.

“Apabila kertas siasatan dilengkapkan, ia akan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk keputusan lanjut,” katanya.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 242 iaitu denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil sebelum ini dilaporkan berkata SKMM akan mengadakan pertemuan dengan Awesome TV bagi mendapatkan penjelasan mengenai laporan berita yang mendakwa bilangan penjawat awam bakal dikurangkan.

Fahmi berkata beliau difahamkan Awesome TV telah melakukan enam pelanggaran berhubung menerbitkan bahan berita yang dilihat tidak mematuhi peraturan dan undang-undang.

SKMM berkata ia memandang serius terhadap aduan pengguna dan komited dalam usaha mempertingkat tahap pematuhan para pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP-I) supaya kandungan yang disiarkan mencerminkan budaya, identiti dan norma-norma masyarakat, selaras AKM 98 dan Kod Kandungan.

“Setiap aduan yang diterima akan diteliti berdasarkan peruntukan AKM 1998, peraturan-peraturan yang berkaitan di bawahnya dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Antara tatacara atau proses aduan yang dibuat adalah seperti memanggil pihak penyiar yang diadukan untuk tampil mengemukakan penjelasan bagi menentukan bentuk tindakan penguatkuasaan yang akan diambil,” katanya.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024· Politik
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Solat sunat Aidilfitri: Jemaah digalak pakai pelitup muka
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok