Skim subsidi bersasar boleh jimatkan RM20 bilion perbelanjaan negara: MPN

July 30, 2022 · Isu semasa

Kerajaan mampu menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM20 billion setahun melalui pelaksanaan skim subsidi bersasar, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Muhyiddin buat masa ini hanya 20 peratus subsidi yang disediakan kerajaan digunakan oleh golongan B40, manakala selebihnya dinikmati oleh golongan yang tidak sepatutnya, lapor Bernama.

“Hampir 50 peratus daripada subsidi kerajaan digunakan oleh orang dalam kategori yang berada, orang kaya, kenderaan besar dan macam-macam lagi.

“Jadi saya fikir asas untuk kerajaan membuat keputusan (skim subsidi bersasar) adalah sangat kukuh, supaya lebih peratusan dapat sampai kepada golongan sasar (B40),” katanya selepas Majlis Perjumpaan MPN Bersama Nelayan Terengganu di Pelabuhan LKIM Cendering, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Ronald Kiandee dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu Dr Azman Ibrahim.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan cek bantuan nelayan berjumlah RM20 juta daripada MAFI kepada Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (PENENTU).

Ia termasuk bantuan Projek Khas Perumahan Nelayan sebanyak RM14.2 juta; elaun sara hidup (RM4.2 juta) dan dana khas PENENTU (RM1.6 juta).

Tambah Muhyiddin, hasil penjimatan tersebut boleh disalurkan semula kepada golongan B40 seperti petani dan nelayan, yang sangat terkesan dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Bagaimanapun, cara pelaksanaan atau mekanisme agihan perlu diperhalusi dengan teliti oleh kerajaan, bagi memastikan ia benar-benar sampai dan dinikmati oleh golongan sasar.

“Cadangan ini kita sedang bincang di peringkat MPN dan akan bawa ke kabinet pada masa yang sesuai,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Subsidi ditamatkan, jangan risau harga ayam tidak akan naik
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Mahkamah diberitahu 1MDB rancang bayar hutang menggunakan hasil IPO
May 28, 2021
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok