Skim jaminan kerajaan dibuka untuk pengusaha bas, teksi

June 3, 2021 · Isu semasa

Pengusaha bas dan teksi yang terjejas semasa pandemik Covid-19 kini boleh memohon skim jaminan kerajaan khas menerusi Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP), syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.

SJPP akan mula menerima permohonan daripada syarikat-syarikat kredit yang mengambil bahagian di bawah skim jaminan kerajaan khas yang disediakan untuk pengusaha bas dan teksi, ia merupakan inisiatif Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi (BTHPRS) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah pakej Pemerkasa Tambahan pada 31 Mei lalu.

“BTHPRS bertujuan untuk membantu pengusaha bas dan teksi yang layak dengan memberikan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan lanjutan tempoh bayaran balik untuk mengurangkan impak daripada pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 terhadap perniagaan mereka.

“Sejumlah peruntukan sebanyak RM1.0 bilion telah diluluskan oleh kerajaan untuk skim ini,” kata SJPP dalam kenyataan hari ini lapor Bernama.

Katanya kerajaan akan menyediakan 50 peratus jaminan ke atas kemudahan kredit sewa beli yang disusun semula untuk pengusaha bas dan teksi yang layak.

“Jaminan itu akan mempunyai tempoh sehingga sembilan tahun dengan yuran jaminan sebanyak 0.5 peratus setahun dan yuran jaminan untuk tahun pertama akan dikecualikan.

“Dengan jaminan kerajaan, pengusaha bas dan teksi yang layak akan mendapat moratorium pinjaman selama 12 bulan dan lanjutan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan,” katanya.

Pada masa ini, SJPP bekerjasama dengan pembiaya yang mengambil bahagian, iaitu Orix Credit Malaysia Sdn Bhd, Hap Seng Credit Sdn Bhd, Hitachi Capital Malaysia Sdn Bhd, Pac Lease Bhd, Scania Credit Malaysia Sdn Bhd dan syarikat kredit dan pajakan lain untuk memastikan BTHPRS berjaya dilaksanakan.

SJPP berkata dengan penyertaan aktif daripada semua pihak, termasuk pengusaha bas dan teksi, syarikat kredit dan persatuan serta dengan maklumat dan kesedaran mengenai skim ini, lebih ramai pengusaha akan mendapat manfaat daripada skim jaminan kerajaan ini.

“Skim ini dijangka dapat memberikan bantuan yang amat diperlukan untuk penggiat industri pengangkutan bagi menghadapi tempoh sukar ini dan pandemik COVID-19,” katanya.

Permohonan untuk jaminan kerajaan di bawah BTHPRS dibuka sehingga 31 Dis, 2021 atau sehingga skim tersebut digunakan sepenuhnya.

Pengusaha bas dan teksi yang berminat digalakkan menghubungi syarikat sewa beli, syarikat kredit atau syarikat sewa masing-masing untuk membincangkan mengenai pembiayaan mereka serta menikmati moratorium dan pembayaran balik bulanan yang lebih rendah.

Maklumat lanjut mengenai BTHPRS dan kriteria kelayakan boleh didapati di laman web SJPP di www.sjpp.com.my atau pihak yang berminat boleh menghantar pertanyaan mereka melalui e-mel kepada [email protected].

Berita berkaitan
Perkhidmatan bas, teksi rentas sempadan Singapura-Malaysia disambung
April 22, 2022· Dunia
Tesla disaman seorang pemandu teksi selepas kenderaan gagal dikawal
March 20, 2022· Dunia
Wanita Arab Saudi dibenar jadi pemandu teksi, Uber
January 7, 2022· Dunia
Hospital Medan akan ditambah enam buah lagi, kata Ismail Ismail Sabri
June 3, 2021· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
15 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
15 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
23 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
23 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
6 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok