Skim gaji penjawat diutamakan bila pendapat negara meningkat, kata PMX

March 6, 2023 · Isu semasa

Kenaikan skim gaji penjawat awam akan menjadi keutamaan kerajaan apabila pendapatan negara meningkat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata dalam situasi semasa, kenaikan skim gaji tidak dapat dilaksanakan dalam bulan ini namun beliau akan memberikan perkembangan positif mengenai negara pada sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2023 di Parlimen pada Khamis ini, lapor Bernama.

“Masa penggulungan, saya akan memberikan beberapa gambaran yang positif, yang baik dari segi hasil kita dari segi pendapatan negara, dari segi jumlah pelaburan yang sebenar, bukan MoU (perjanjian persefahaman),” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Anwar berkata berdasarkan pemerhatiannya didapati jentera penjawat awam di peringkat Persekutuan dan negeri dalam pengurusan banjir di Johor telah bertindak pantas, yang membuktikan kewibawaan golongan penjawat awam dalam menguruskan situasi bencana tanpa perlu menunggu arahan.

“Ini maknanya ada kesedaran dalam kalangan semua peringkat khususnya penjawat awam untuk melaksanakan tugas dengan ikhlas dan pantas. Ini kerana orang yang mengalami masalah tidak sama seperti kita, mereka tidak mampu tunggu berhari-hari,” katanya.

Anwar turut berharap momentum sama dikekalkan oleh penjawat awam bagi tujuan siap siaga sekiranya berlaku bencana banjir di Sarawak.

Beliau turut mengulangi peringatan kepada agensi pelaksana untuk menyegerakan projek rancangan tebatan banjir (RTB) tanpa perlu menunggu Belanjawan 2023 diluluskan.

“Tidak perlu tunggu kelulusan peruntukan sepenuhnya kerana sebahagian peruntukan telah diluluskan pada Disember lepas. Jadi boleh teruskan, tetapi ikut prosedur,” katanya.

Pada 20 Dis lepas, kerajaan telah meluluskan peruntukan khas (Bajet Mini) 2023 di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang berkuat kuasa 1 Jan lepas bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650.

Berita berkaitan
Anwar menghadap Raja Kemboja semasa lawatan rasmi
March 27, 2023· Isu semasa
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
March 26, 2023· Isu semasa
Komuniti perniagaan Arab Saudi dipelawa PMX melabur di Malaysia
March 24, 2023· Isu semasa
Popular
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
1 jam lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
11 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
12 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
12 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
39 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok