Skandal LCS: Rafizi dakwa syarikat ditubuh di Malta bawa lari RM192 juta

August 18, 2022 · Isu semasa

Sebanyak RM192 juta didakwa dilarikan sebuah syarikat yang berpengkalan di Malta dalan skandal enam kapal tempur pesisir (LCS), dakwa Rafizi Ramli.

Timbalan Presiden PKR memberitahu pendedahan itu terdapat dalam siasatan dalaman berhubung skandal LCS dimana Alizes Marine Limited yang ditubuhkan di Malta paling banyak menerima bayaran bagi perkhidmatan pembekalan tidak wujud.

Menurut Rafizi lagi, Alizes Marine Limited dilantik subkontraktor projek LCS sebagai pembekal alat gantian atas cadangan DCNS, kontraktor teknikal projek LCS yang menyediakan reka bentuk dan spesifikasi teknikal Gowind.

Alizes Marine Limited dicadangkan atas ia sebuah syarikat pembekal pertahanan Perancis yang menggunakan nama Alizes Marine France.

Siasatan dalaman itu mendapati subkontraktor projek LCS membayar kira-kira RM210 juta antara 2011 hingga 2015 kepada Alizes Marine France bagi pembelian alat ganti, yang dibayar ke beberapa akaun di bawah Alizes Marine Limited.

“Namun, jumlah perolehan dalam penyata kewangan Alizes Marine France yang dilaporkan kepada pihak berkuasa Perancis hanya EUR3.53 juta (sekitar RM18 juta).

“Ini bermakna, sejumlah RM192 juta dipindahkan ke akaun syarikat pesisir luar pantai yang tidak dapat dijejaki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Namun, Rafizi tidak menamakan pihak yang menjalankan siasatan dalam melibatkan projek LCS itu.

Beliau berkata, hasil semakan invois pembekal tertentu mendapati sejumlah bayaran palsu berjumlah RM23.37 juta dihantar kepada subkontraktor projek LCS untuk perkhidmatan teknikal yang tidak wujud.

“Apabila pembekal ini dijejaki, syarikat sebenarnya tidak wujud kerana maklumat alamat yang diberikan adalah palsu. Malah, semakan menunjukkan bayaran dibuat ke akaun lain,” katanya.

Beliau berkata, pengurusan projek LCS bersetuju melantik Alizes Marine kerana dimaklumkan syarikat itu memiliki lesen eksport global yang memberi kelebihan untuk membekalkan alat ganti pertahanan, namun maklumat itu didakwa palsu kerana syarikat itu hanya sebuah syarikat luar pesisir tanpa operasi.

Rafizi mendakwa, DCNS menggunakan Alizea Marine sebagai syarikat palsu untuk mendapat manfaat daripada pembekalan alat gantian berdasarkan muslihat yang dibuat di Malaysia.

“Penyiasat turut menyimpulkan DCNS dan sebuah lagi syarikat Perancis adalah sebahagian daripada skim yang memindahkan wang daripada projek ini, yang melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).

“Modus operandi ini mirip kaedah yang digunakan untuk mencuri wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Syarikat palsu ditubuhkan di seluruh dunia yang namanya menyamai sebuah syarikat yang benar-benar wujud,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak bersama-sama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku Menteri Pertahanan ketika projek itu berjalan, memberi penjelasan berhubung perkara itu.

“Skim mencuri dana rakyat yang sebegini rumit tidak boleh berlaku tanpa dilindungi orang atasan yang lebih berkuasa daripada seorang pesara panglima Tentera Laut yang didakwa baru-baru ini,” katanya.

Selasa lalu, bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pecah amanah membabitkan dana syarikat lebih RM21 juta berkaitan projek LCS pada 2010 dan 2011.

Namun, Ahmad Ramli, 78, yang juga bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu.

Berita berkaitan
Rakyat sedang susah, tak sesuai perkenalkan semula cukai GST: Tun Faisal
September 14, 2023· Isu semasa
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023· Politik
Ramalan tak memberangsangkan, hanya Menteri Ekonomi terangsang: Shahrir
August 21, 2023· Isu semasa
Selepas Vincent Tan, MB Selangor pula hantar surat tuntutan kepada Sanusi
August 10, 2023· Politik
Popular
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
2 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
2 jam lalu · Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
5 jam lalu · Isu semasa
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
5 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
24 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok