Skandal LCS: Keselamatan negara atau selamatkan wang negara daripada hangus?

August 9, 2022 · Isu semasa

Kemelut dalam projek enam kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion nyata mengecewakan, berbilion wang rakyat sudah dikeluarkan untuk membiaya projek tersebut tetapi kapal pula tidak siap sehingga hari ini.

Kapal yang tidak siap tersebut sememangnya amat penting bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) khususnya untuk menjaga perairan negara yang luas dan mudah dicerobohi oleh kapal-kapal asing, bahkan dikatakan kapal tersebut memiliki ciri-ciri “halimunan” yang boleh mengelak dikesan mana-mana radar musuh.

Sudah pasti jika kapal tersebut siap, ia pasti dapat memberi kelebihan kepada pasukan keselamatan negara dalam menjaga sempadan dan memantau perairan negara yang sentiasa diancam oleh pihak luar.

Malangnya, kapal tersebut gagal disiapkan mengikut tempoh jadual waktu yang ditetapkan dan lebih memburukkan keadaan tidak diketahui bila pembinaan kapal itu boleh disiapkan walhal RM6 bilion wang rakyat sudah dibelanjakan setakat ini.

Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan syarikat yang memperoleh projek tersebut, Boustead Naval Shipyard (BNS) tidak memenuhi kriteria semasa dianugerahkan projek yang amat penting buat negara disebabkan kedudukan kewangannya yang tenat.

Malah, kerajaan terpaksa menyuntik RM400 juta dana awal kepada BNS untuk membantu syarikat itu memulakan projek LCS tersebut.

Bagaimanapun, pendedahan laporan PAC mengejutkan banyak pihak apabila RM400 juta suntikan dana awal itu pula digunakan BNS untuk menyiapkan projek Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPV) walhal ia sepatutnya untuk projek LCS.

Jelas sekali perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku, mengapa BNS perlu menggunakan dana LCS untuk menyiapkan projek lain? Jadi tidak hairan lah projek LCS tersebut berdepan kelewatan kerana dana awal yang disalurkan digunakan untuk pembinaan kapal lain.

Bagaimanapun, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan alasan retorik politik untuk menyalahkan pihak lain sebagai punca kelewatan dalam projek LCS tersebut.

Zahid dan Najib sepatutnya membaca laporan PAC tersebut, bukankah sudah dijelaskan RM400 juta yang disalurkan kepada BNS untuk tujuan pembinaan LCS digunakan untuk pembinaan projek lain.

Pendedahan PAC itu sebenarnya secara tidak langsung memberi senario sebenar punca kelewatan LCS tidak disiapkan, tidak ada gunanya kedua-dua mereka yang terpalit dengan skandal tersebut cuba mengalihkan permasalahan sebenar dihadapi dalam skandal tersebut.

Zahid berkata kerajaan perlu berhati-hati dalam menilai projek LCS kerana bimbang aspek keselamatan negara, jadi aspek keselamatan apa yang dimaksudkannya apabila dana awam disalahgunakan dengan sewenang-wenangnya pihak tidak bertanggungjawab.

Laporan PAC yang dikeluarkan baru-baru ini tidak menyalahkan mana-mana pihak, tujuan dan matlamatnya adalah untuk menyelamatkan wang rakyat daripada terus hangus begitu sahaja seperti yang berlaku dalam skandal kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini.

Bagaimanapun, Zahid dan Najib nampaknya begitu panik dengan kemunculan satu lagi skandal besar ini. Adakah mereka berdua mempunyai kepentingan disebalik projek kapal tak siap ini?

Amaran Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sudah cukup membuatkan kedua-dua pemimpin utama UMNO itu panik dan menggelabah, adakah mereka takut kantoi dan ditangkap terlibat dalam satu skandal besar satu lagi?

Terdahulu, skandal LCS bernilai RM9.1 bilion mendapat perhatian orang ramai susulan pendedahan laporan PAC pada minggu lepas.

PAC dalam laporannya baru-baru ini mendedahkan projek LCS diberikan oleh kerajaan kepada syarikat BNS secara rundingan terus, dan kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS pun yang disiapkan.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, mendedahkan lebihan kos projek LCS berjumlah RM1.4 bilion, dengan RM400 juta digunakan untuk membayar hutang lama daripada projek kapal peronda lama.

Menurut jadual asal, setakat Ogos 2022 sepatutnya lima buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan.

Berita berkaitan
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
12 jam lalu· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
19 jam lalu· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
20 jam lalu· Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Mat Sabu cadang premis kerajaan guna beras import bersubsidi
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
7 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
9 minit lalu · Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
20 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
20 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok