Skandal kapal tempur: Pengerusi PAC jawab Zahid isu keselamatan

August 9, 2022 · Isu semasa

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak akan membenar istilah “keselamatan negara” diguna sewenang-wenangnya semata-mata untuk menyekat rakyat mengetahui maklumat sebenar bagaimana kerajaan membelanjakan wang mereka.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata perbincangan rakyat berkaitan isu perolehan kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai lebih RM9 bilion, menunjukkan rakyat mahu mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dalam projek itu.

Menurutnya PAC menghormati keperluan menjaga sensitiviti, namun tidak akan membenarkan istilah “keselamatan negara” diguna untuk menyekat rakyat daripada mengetahui maklumat bagaimana wang mereka dibelanjakan.

Beliau menegaskan dalam isu projek pembinaan LCS itu, PAC membentangkan laporan berdasarkan fakta, dokumen dan keterangan yang diperoleh, termasuk dalam isu sepanjang prosiding yang dikendalikan PAC.

“PAC mempunyai tugas dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan Mesyuarat 77(1) Dewan Rakyat, untuk memeriksa segala kira-kira Kerajaan Malaysia, termasuk apa-apa perkara lain yang difikirkan jawatankuasa ini patut diperiksa.

“Semua saksi yang hadir di hadapan PAC mengetahui segala maklumat yang dinyatakan dalam prosiding PAC akan direkodkan dalam rakaman percakapan bertulis (hansard) dan kebiasaannya, pembentangan saksi akan dikendalikan melalui slaid pembentangan yang disediakan saksi sendiri.

“Laporan PAC akan disediakan berdasarkan segala keterangan yang diberikan semasa prosiding PAC iaitu segala yang terkandung dalam hansard dan slaid pembentangan saksi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan Kah Woh itu menyusul selepas ada pihak menggunakan alasan “keselamatan negara” untuk menghalang perbelanjaan projek LCS itu didedahkan kepada rakyat.

Sebelum ini, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyuarakan kebimbangan bahawa penjelasan mengenai isu keselamatan yang berkait dengan kontroversi LCS, berisiko mendedahkan rahsia keselamatan negara.

Beliau yang juga bekas Menteri Pertahanan ketika tender projek LCS itu mula diberikan berpendapat isu berkait LCS perlu diperjelaskan kepada awam, namun kerajaan perlu melaksanakannya secara berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan ‘mahkamah netizen’.

Katanya, PAC juga perlu lebih sensitif dalam mengendalikan keseluruhan proses siasatan LCS, khususnya isu keselamatan negara kerana ia masih di peringkat siasatan.

Semalam, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi merungkai kemelut berhubung skandal pembelian enam kapal LCS bernilai RM9 bilion yang gagal disiapkan sehingga sekarang.

Menurutnya langkah menubuhkan RCI akan dapat memastikan dalang disebalik skandal kapal tak siap tersebut dapat dibawa ke muka pengadilan dan menyokong supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan dengan segera.

“Saya juga menyokong tindakan SPRM menyiasat perkara ini. SPRM mesti diberikan kebebasan dan kuasa untuk menyiasat sepenuhnya.

“Apa yang membimbangkan ialah ‘tangan-tangan ghaib’ di sebalik skandal ini sedang cuba mengelak dan enggan bertanggungjawab ke atas skandal ini, sedangkan semua rakyat tahu mereka yang terbabit tidak malu langsung untuk merompak harta negara untuk kepentingan sendiri,” kata Wan Saiful.

Berita berkaitan
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
3 jam lalu· Politik
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
3 jam lalu· Politik
Perlu UMNO bekerjasama dengan parti lain nak menang PRU, kata Ku Li
23 jam lalu· Politik
Bukan salah UMNO apabila kerajaan gagal, kata Azalina
September 29, 2022· Politik
Popular
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022
Firdaus Wong lihat tangkap layar mesej lucah didakwa dihantar Ebit Lew
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,007 kes semalam, 5 kematian
3 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
3 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
6 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
17 jam lalu · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
13 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok