Skandal kapal tempur ketika BN, UMNO memerintah cetus kemarahan rakyat

August 7, 2022 · Isu semasa

Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) berpendapat kegagalan kerajaan memperoleh enam kapal kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), sedangkan bayaran berbilion ringgit telah dibuat, akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Sehubungan itu, YARM menggesa pembinaan LCS oleh syarikat yang dianugerahkan projek berkenaan digantung sementara satu siasatan menyeluruh dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Projek LCS bernilai RM9.128 bilion dianugerahkan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) oleh kerajaan yang diperintah Barisan Nasional dan UMNO melalui Kementerian Pertahanan pada 2011.

Presiden YARM Mohd Nizam Mohd Isa berkata penggantungan projek itu perlu diambil susulan pendedahan yang dilakukan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap kontrak perolehan projek berkenaan.

Katanya, laporan yang didedahkan itu jelas menimbulkan banyak persoalan serta kemarahan rakyat berkaitan perolehan berkenaan.

“PAC sudah lakukan siasatan dan ada data, jadi kita takut sekiranya ada penyelewengan.

“Dengan kerugian RM6 bilion, ambil masa 10 tahun, tetapi kapal tidak siap, itu satu kerugian kepada rakyat. Itu pasti menjadi kemarahan kepada rakyat,” katanya menurut Mingguan Malaysia.

PAC sebelum ini menyenaraikan sembilan rumusan punca yang antaranya ialah kerajaan gagal mengesan masalah kewangan BNS ketika melakukan penilaian terhadap syarikat berkenaan.

Laporan PAC juga mendedahkan, kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah LCS yang disiapkan.

Mengulas lanjut, Mohd Nizam berkata, satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) juga perlu diwujudkan untuk menyiasat kontrak perolehan pembinaan enam kapal tempur itu.

Beliau menambah, perolehan berkaitan projek pembinaan LCS itu juga perlu diusulkan untuk dibahas di sidang Parlimen kerana seperti ada `benda tidak kena’.

Semalam, SPRM mengumumkan siasatan terhadap skandal LCS kini sudah pada peringkat akhir dan individu bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata kertas siasatan sudah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC) dan pengumuman berhubung skandal kapal tersebut akan dibuat pada masa terdekat.

“Siasatan kini di peringkat akhir dan akan umumkan (hasil siasatan) bila sampai masanya, dalam tempoh terdekat.

“Ini kerana kita perlu berbincang dengan AGC dan sebagainya, baharulah kita boleh buat kenyataan (secara rasmi) kerana kenyataan berhubung kes ini adalah sensitif,” katanya.

Khamis lalu, Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata Zahid akan dipanggil badan itu awal bulan depan bagi melengkapkan prosiding berhubung kegagalan pembekalan enam LCS bernilai RM9 bilion.

Berita berkaitan
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Kritik kes mahkamah Zahid, seorang pemimpin Bersatu bakal didakwa pada Jumaat
November 24, 2023· Politik
Anwar puas hati tiada menteri terlibat rasuah, perbicaraan rasuah Zahid dihentikan?
November 24, 2023· Politik
Popular
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Zahid sakit saluran kencing pula, perbicaraan hari ini berakhir awal
August 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
2 jam lalu · Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
2 jam lalu · Isu semasa
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
2 jam lalu · Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
17 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok