Skandal kapal tak siap RM9.1 bilion, Najib juga tak setuju projek dihentikan

August 6, 2022 · Isu semasa

Selepas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak cadangan projek kapal tempur pesisir (LCS) diberhentikan, nampaknya Datuk Seri Najib Razak juga menyuarakan pandangan sama.

Bekas Perdana Menteri itu tidak bersetuju projek tersebut yang diluluskan semasa era pentadbirannya sebelum ini diberhentikan walaupun sehingga hari ini sebuah kapal pun gagal disiapkan meskipun sudah dibelanjakan hampir RM6 bilion dalam pembinaan kapal itu.

“Cadangan yang paling tidak boleh diterima ialah dari Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk hentikan projek.

“Beliau cadangkan supaya projek itu dihentikan sepenuhnya. Ia setelah RM6 bilion sudah dibelanja dan kemajuan projek sudah pada tahap 60%,” katanya dipetik dalam hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu, Ketua Pembangkang itu menggesa agar projek tersebut dihentikan dengan serta-merta selepas Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuat pendedahan baru-baru ini berhubung kelemahan melibatkan LCS itu.

Beliau kemudian mempersoalkan pembangkang kerana cuba menyalahkannya atas masalah melanda projek LCS.

“Saya tidak pernah disiasat atau dipanggil untuk memberi kenyataan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC),” katanya lagi.

Najib juga mendedahkan, projek LCS ini pernah disiasat oleh jawatankuasa yang ditubuhkan Pakatan Harapan (PH) pada 2018 susulan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat oleh Boustead pada Disember 2020 untuk menyiasat projek ini.

“SPRM pula memberitahu parlimen bahawa siasatan telah selesai sepenuhnya dan telah mula dakwa beberapa bekas pegawai urusan Boustead berhubung dana sekitar RM30 juta.

“Jadi, kenapa pula saya disalahkan pihak sebelah sana sedangkan ianya telah disiasat berkali-kali oleh PH dan saya tidak pernah dituduh sebagai suspek atau pernah disuruh untuk menghadap PAC?,” soalnya lagi.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa sekurang-kurangnya RM890 juta duit rakyat hangus daripada projek kapal Kementerian Pertahanan yang gagal disiapkan mengikut tempoh ditetapkan itu dan bakal membuat siri pendedahan melibatkan tiga pemimpin utama UMNO.

Rafizi menamakan tiga pemimpin UMNO dalam skandal kapal RM9 bilion itu termasuk Najib dan bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga Menteri Pertahanan sekarang, Hishammuddin.

Menurut Rafizi, Surat Lantikan tender kapal itu dikeluarkan semasa Zahid menjadi Menteri Pertahanan pada 2011.

“Pada 16 Disember 2011, Kementerian Pertahanan mengeluarkan Surat Lantikan (“Letter of Award”atau LOA) kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk membina dan membekalkan enam “second generation patrol vessels”(SGPV) “littoral combat ship” (LCS) dengan jumlah kontrak RM9 bilion.

“Menteri Pertahanan pada ketika itu yang bertanggungjawab menguruskan projek ini ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO sekarang,” kata Rafizi.

Sementara kontrak akhir pula ditandatangani pada 2014 semasa Hishammuddin mengambilalih jawatan Menteri Pertahanan ketika itu.

Untuk rekod, projek itu dianugerahkan secara terus pada 2011 dengan sudah menelan belanja RM6 bilion setakat 2022 tetapi satu kapal perang pun belum disiapkan.

Mengikut jadual kontrak, sepatutnya lima kapal perang sudah disiapkan dan diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk beroperasi.

Berita berkaitan
Rafizi perlekeh kajian terbaharu Merdeka Center dakwa ‘rating’ Anwar jatuh
November 26, 2023· Politik
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023· Politik
Sebelum jadi PM semua nak reform, bila dah jadi PM lagi teruk: Dr Mahathir
November 13, 2023· Politik
Zahid dakwa ramai lagi MP PN akan sokong Anwar selepas ini
November 9, 2023· Politik
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
13 minit lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
16 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok