Skandal kapal tak siap, kontraktor bawa petugas media ke tapak pembinaan

August 13, 2022 · Isu semasa

Petugas media hari ini dibawa ke tapak projek kapal tempur pesisir (LCS) di Lumut bagi melihat dengan mata sendiri kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan oleh kontraktor.

Lawatan media tersebut dikendalikan oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) dengan beberapa agensi dibawa ke tapak yang menempatkan kapal tersebut, ia ekoran kontroversi melibatkan projek RM 9.1 bilion tersebut selepas belum ada satu pun kapal yang berjaya disiapkan setakat ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Azhar Jumaat, terdapat lima kapal LCS yang sedang dibina sudah mencapai perkembangan memberangsangkan.

Ketua Pegawai Eksekutif BNS, Ir Azhar Jumaat.

“Ramai buat dakwaan halimunan, kapal diperbuat daripada kayu. Malah, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dikelirukan. Semua dakwaan ini tidak benar.

“Buat apa kami nak mengelirukan sultan kami. Anda boleh lihat lima kapal LCS ini sedang dibangunkan dan ini apa yang dilakukan dengan lebih RM6 bilion yang kami terima,” katanya dipetik laporan media.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media ketika melawat tapak pembinaan LCS pagi tadi.

Minggu lalu, Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) membentangkan laporannya mengenai perolehan LCS kepada Dewan Rakyat, yang menonjolkan banyak kelemahan dalam projek itu.

Projek itu telah diluluskan pada 2011 semasa era pentadbiran Barisan Nasional-UMNO, ketika itu Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula memegang jawatan Menteri Pertahanan.

PAC dalam laporannya baru-baru ini mendedahkan projek LCS diberikan oleh kerajaan kepada syarikat BNS secara rundingan terus, dan kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS pun yang disiapkan.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, mendedahkan lebihan kos projek LCS berjumlah RM1.4 bilion, dengan RM400 juta digunakan untuk membayar hutang lama daripada projek kapal peronda lama.

Menurut jadual asal, setakat Ogos 2022 sepatutnya lima buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan.

Berita berkaitan
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok