Skandal kapal tak siap: Bekas pegawai tinggi BNS didakwa esok

August 15, 2022 · Isu semasa

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan pecah amanah jenayah (CBT) berhubung skandal kapal tempur pesisir pantai (LCS) pada Selasa (16 Ogos).

The Star yang memetik sumber sebagai berkata individu terbabit akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sekitar jam 9 pagi untuk menghadapi pertuduhan.

Sumber yang mengetahui kes berkenaan mengesahkan akan ada pertuduhan dibuat esok.

“Ya, kami mengenakan bayaran kepada individu tertentu esok (Selasa),” kata sumber menurut akhbar itu.

Terdahulu, Utusan melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) akan membuat keputusan tidak lama lagi berhubung cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa individu tertentu berkaitan perolehan LCS.

Jika AGC membenarkan syor yang dicadangkan SPRM, ia akan membawa kepada pendakwaan dan perbicaraan mereka yang terlibat dalam pembinaan kapal tempur itu.

Utusan memetik Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun sebagai berkata beliau belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan itu tetapi akan tampil dengan keputusan tidak lama lagi.

Sebelum ini, kerajaan menggesa SPRM dan AGC segera bertindak berhubung pendedahan kepincangan projek LCS itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan selepas ia dibincangkan secara terpe­rinci dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki juga sebelum ini memaklumkan siasatan projek perolehan berkenaan telah lama dijalankan pihaknya.

Skandal terbaharu yang menggegarkan negara setelah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sekali gus menumbangkan Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), meletus susulan pendedahan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 4 Ogos lalu.

Dalam pendedahan itu PAC berkata kerajaan BN/UMNO telah memberikan lebih RM6 bilion wang rakyat kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk projek pembinaan enam kapal LCS, yang keseluruhannya bernilai lebih RM9 bilion.

Namun sejak kontrak ditandatangani pada 2014 hingga sekarang tiada sebuah pun kapal LCS yang berjaya disiapkan, sementara RM6 bilion pula telah habis dibelanjakan.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok