Skandal 1MDB: Tun M desak siasat hubungan Apandi dengan Jho Low

July 22, 2022 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Tan Sri Mohamed Apandi Ali disiasat susulan dakwaan bekas Peguam Negara itu bersekongkol dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Menurutnya segala dakwaan bahawa Apandi bertindak sebagai orang tengah kepada Jho Low dalam menawarkan penyelesaian berhubung kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sangat mengejutkan dan mencurigakan.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata ini kerana pendirian Apandi ketika menjadi Peguam Negara telah menyatakan tidak berlaku sebarang jenayah berkaitan dengan 1MDB dan juga secara langsung mempertahankan jenayah dilakukan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan sekutunya termasuk Jho Low.

“Kesediaan Jho Low membayar untuk penyelesaian membuktikan bahawa Jho Low mengakui kesalahan. Di sini, timbul kecurigaan bahawa kerjasama Apandi dengan Jho Low bermula semasa dia Peguam Negara.

“Satu siasatan perlu dilakukan terhadap Apandi sama ada dia membuat keputusan menyucikan 1MDB dahulu kerana hubungannya dengan Jho Low. Ini bukan sahaja satu conflict of interest.

“Lebih dari itu, ia adalah satu jenayah terancang untuk mencuri harta rakyat dan Negara dan ini membabitkan bukan sahaja Najib dan Jho Low tetapi juga Apandi.

“Kerajaan hari ini bertanggungjwab untuk menyiasat kerana terdapat unsur kolusi (collusion) dan subahat (complicity) Apandi di dalam jenayah 1MDB untuk memastikan penyamun-penyamun negara yang terbabit dalam jenayah terancang ini diadili dan dihukum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Apandi sebelum ini mengakui menjadi wakil perantara bagi Jho Low dengan kerajaan Malaysia dalam penyelesaian RM1.5 bilion bagi menutup pertuduhan dalam kes 1MDB, tetapi Pejabat Peguam Negara (AGC) mengesahkan sudah menolak tawaran tersebut.

Apandi dalam kenyataannya memberitahu dihubungi oleh firma Washington DC, Kobre & Kim pada akhir Mei lalu, yang meminta bantuannya untuk mengaturkan pertemuan dengan Peguam Negara.

Menurutnya, tujuan pertemuan itu adalah untuk membincangkan pemulangan wang yang didakwa diselewengkan Jho Low daripada 1MDB.

“Saya aturkan beberapa pertemuan, di mana wakil dari Kobre & Kim datang ke Malaysia. Dalam pertemuan itu, yang dibuat di Jabatan Peguam Negara (AGC), kerajaan diwakili oleh peguam negara dan pegawainya, serta pegawai kanan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Selepas pertemuan itu, yang ketika itu nampak positif, ia tiba-tiba dibatalkan oleh AGC atas sebab yang hanya mereka tahu,” katanya dalam kenyataan itu.

Jho Low dikaitkan sebagai dalang di sebalik skandal 1MDB dan telah didakwa tanpa kehadiran di mahkamah Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia.

Pada 2018, Jabatan Kehakiman AS sudah mendakwa Jho Low dengan konspirasi untuk mengubah berbilion dolar daripada dana kekayaan negara Malaysia, dan konspirasi untuk melanggar Akta Amalan Rasuah Asing Amerika.

Di Malaysia, Jho Low dan rakan sekutunya berdepan lima pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah AS$1.03 bilion. Jho Low juga menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram berasingan dengan pembantunya Eric Tan Kim Loong sebanyak AS$125.97 juta.

Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata Apandi sepatutnya berasa bersalah dan menyesal kerana pendiriannya menyekat jenayah 1MDB daripada dibawa ke mahkamah.

“Hari ini, hakim-hakim mahkamah tinggi dan Mahkamah Rayuan mendapati perlakuan jenayah tetap berlaku di dalam 1MDB dan menghukum penjara Najib Razak kerana kesalahan-kesalahan berkaitan 1MDB.

“Sekarang, dia sanggup menjadi orang tengah untuk Jho Low mendapat penyelesaian dan diberitakan dengan membayar Kerajaan Malaysia RM1.5 billion. Ini bermakna Jho Low bersalah. Jika tidak bersalah, kenapa menawar wang untuk menyelesaikan tindakan terhadapnya.

“Sekali lagi negara dan rakyat Malaysia ingin dianiayai oleh Apandi dan Jho Low dengan tawaran penyelesaian sejumlah wang yang sebegitu kecil berbanding dengan pencurian wang negara berjumlah puluhan billion ringgit,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Barang mewah bernilai RM80 juta sah dipulangkan semula kepada Najib dan Rosmah
December 1, 2022· Isu semasa
Pinda laporan 1MDB: Najib bela diri atau bebas diketahui 30 Januari
November 15, 2022· Isu semasa
Saya terima elaun 1MDB lebih RM500,000, kata Irwan Serigar
November 14, 2022· Isu semasa
1MDB: Jho Low gelar Najib ‘Optimus Prime’, kata saksi
November 7, 2022· Isu semasa
Popular
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
31 minit lalu · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
6 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
14 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
14 jam lalu · Isu semasa
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
14 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok