SJR di seluruh negara ditambah susulan ‘total lockdown’ 1 Jun

May 29, 2021 · Isu semasa

Jumlah sekatan jalan raya (SJR) susulan penguatkuasaan ‘total lockdown’ di seluruh negara mulai 1 Jun ini akan ditambah kepada lebih 800 berbanding 600 yang dilaksanakan sekarang.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata 70,000 anggota polis dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan ditugaskan di seluruh negara termasuk 15,000 anggota Jabatan Imigresen, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Katanya, kekuatan anggota polis untuk menguatkuasakan ‘total lockdown’ itu ditambah kepada 55,000 berbanding 37,000 sekarang ini bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sepenuhnya.

“Sekiranya jumlah ini dirasakan tidak cukup, kita akan tambah lagi anggota daripada pelbagai agensi dan jabatan di bawah KDN,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan penutupan semua sektor ekonomi dan sosial dalam sekatan pergerakan penuh peringkat KDN, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dan Ketua Pengarah Maritim Malayusia Datuk Mohd Zubil Mat Som.

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 semalam memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata sepanjang tempoh berkenaan, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan MKN.

Mengulas lanjut Hamzah berkata Pasukan Pemantauan Pematuhan SOP juga akan menjalankan pemeriksaan secara mengejut dengan kerjasama kementerian dan agensi kerajaan berkaitan seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan pematuhan SOP sektor sosial dan ekonomi.

“Pemeriksaan juga akan melibatkan kawasan di luar bandar dan lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai berkumpul,” katanya serta menambah keanggotaan Pasukan Pemantauan Pematuhan SOP akan ditingkatkan kepada hampir 20,000 orang berbanding 13,795 orang ketika ini.

Beliau berkata Bilik Gerakan KDN akan beroperasi 24 jam bermula 1 Jun ini dan orang ramai boleh menghubunginya untuk sebarang pertanyaan melibatkan KDN dan jabatan di bawahnya berhubung sekatan pergerakan penuh.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
RCI Tabung Haji akan ditubuh untuk pulih keyakinan rakyat
July 14, 2021
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
8 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
8 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok