Siti minat kumpul emas

April 7, 2021 · Isu semasa

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengakui beliau adalah peminat emas dan menjadikannya sebagai hobi selain untuk simpanan.

“Emas memang dekat dengan diri saya, malah emas menjadi antara koleksi kegemaran saya selain sesuai dijadikan aset peribadi,” katanya pada majlis pelancaran Wafer dan Dinar Emas Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Edisi Khas Jubli Siti 25, hari ini.

Katanya, beliau sendiri mempunyai simpanan dinar dan wafer emas untuk jangka panjang.

“Jual beli emas boleh digunakan dalam situasi kecemasan selain boleh dijual balik dengan cara yang mudah selain melihat produk keluaran Edisi Khas kali ini khas untuk peminat yang sentiasa menyokong Siti selama berada di dalam industri sekali gus menjadi satu simpanan istimewa buat mereka,” katanya.

Wafer gram edisi khas 1 gram dijual dengan harga RM360 manakala bagi edisi khas dinar 4.25 gram pula dijual dengan harga RM1,350.

Sementara itu, YaPEIM menyasarkan perolehan RM12 juta menerusi jualan sebanyak 30,000 unit produk emas 999 edisi khas eksklusif Jubli Siti 25 Tahun.

Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan berkata, 30,000 unit edisi khas ini bergantung kepada permintaan semasa dan buat masa ini, pilihan 1.0 gram mendapat sambutan tertinggi.

Berita berkaitan
Rizab antarabangsa BN pada 15 Jun AS$113 bilion
June 22, 2023· Isu semasa
Portal hiburan, Rotikaya dipanggil SKMM berhubung artikel Siti Nurhaliza
May 2, 2023· Isu semasa
Sukan Komanwel: Kontinjen negara kembali ceria, badminton raih emas
August 3, 2022· Isu semasa
Yan Yee pula hadiahkan emas kelima negara acara terjun Sukan SEA
May 10, 2022· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok