Siti Bainun saman JKM, mohon rumah perlindungan dibuka

June 10, 2022 · Isu semasa

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disaman pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali yang memohon rumah perlindungannya yang terletak di Setapak dibuka semula.

Saman pemula tersebut difailkan pemula itu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur melalui firma guaman, Tetuan Asiah Abd. Jalil Chambers pada 7 Jun lalu. Sesalinan dokumen terbabit diperolehi media hari ini, lapor Utusan Malaysia.

Dalam saman tersebut, Siti Bainun selaku Plaintif menamakan Pengarah JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) sebagai defendan tunggal.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 22 Jun ini.

Menurut afidavit Siti Bainun, Pertubuhan Rumah Bonda ditubuhkan pada 31 Januari 2019 dan pada mulanya beroperasi di Laman Residen, Kipark Seri Utara sebelum berpindah ke Taman Setapak pada 27 Oktober 2020.

Pada 20 Ogos dan 25 November 2021, Siti Bainun didakwa telah menganiaya dan mengabaikan seorang remaja perempuan Sindrom Down di Kondo Irama Wangsa, Wangsa Maju di sini yang juga merupakan rumah kediaman wanita itu.

Di Taman Setapak, rumah perlindungan yang dikenali dengan nama Rumah Bonda telah diwujudkan dan sepanjang rumah perlindungan itu beroperasi ia telah berada bawah pengawasan dan pemantauan JKMWPKL.

Antara fungsi Rumah Bonda ialah memberi tempat perlindungan kepada remaja dan wanita yang hamil luar nikah, remaja dan wanita teraniaya, terlibat dengan gejala sosial dan perlindungan sementara kepada bayi yang dilahirkan luar nikah dan kanak-kanak yang sedang menjalani kes mahkamah.

“Sejak penubuhannya, Rumah Bonda telah menempatkan 62 orang remaja dan wanita hamil serta seramai 50 orang bayi telah dibantu untuk dilahirkan di hospital secara selamat. JKMWPKL melalui perintah mahkamah juga ada menghantar kanak-kanak tanpa waris dan remaja yang hamil luar nikah.

“Kakitangan JKMWPKL termasuk Pegawai-Pegawai Pelindung JKM sememangnya mengenali saya dan sering berurusan dengan saya mengenai hal ehwal penjagaan dan perlindungan wanita serta kanak-kanak yang menjadi penghuni Rumah Bonda,” kata Siti Bainun dalam afidavit tersebut.

Tambahnya, plaintif telah melakukan segala usaha yang perlu untuk mendaftarkan Rumah Bonda di Taman Setapak di sini dengan JKM namun masih belum usaha tersebut masih belum selesai kerana masih terdapat beberapa prosedur yang perlu dipenuhi.

Bagaimanapun, pada 9 Julai 2021, Siti Bainun menyatakan dia telah menerima Notis Lak (Penutupan) daripada JKMWPKL yang memaklumkan bahawa Rumah Bonda di Taman Setapak akan ditutup mengikut Seksyen 16(1) Akta Pusat Jagaan 1993.

Siti Bainun mendakwa tindakan Lak yang dibuat atas alasan Rumah Bonda tidak berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan adalah tidak berasas, tidak adil dan tidak mengikut proses pentadbiran kerana pada sepanjang JKMWPKL mengetahui Rumah Bonda dalam proses pendaftaran.

Pada 20 April lalu, Rumah Bonda telah menerima notis tawaran kompaun berjumlah RM5,000 daripada JKM WPKL mengikut Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994 (Pengkompaunan Kesalahan) di bawah Seksyen 21A dan Seksyen 24 Akta Pusat Jagaan 1993. Bayaran kompaun tersebut telah dilunaskan pada 25 April lalu.

Bagaimanapun, Pegawai Penguatkuasa JKM WPKL telah memaklumkan kepada Siti Bainun walaupun kompaun telah dibayar, Rumah Bonda hanya boleh dibuka semula atas perintah mahkamah sahaja.

Disebabkan perintah penutupan itu masih lagi berkuatkuasa, Siti Bainun mendakwa pihaknya tidak boleh menjalankan kerja-kerja amal yang lain seperti penyediaan makanan bagi gelandangan dan pusat bank makanan.

“Rumah Bonda juga telah dituduh oleh masyarakat telah menyalahgunaan wang sumbangan dan menyimpan barang-barang peribadi bekas penghuni secara salah sedangkan premis terbabit telah dikunci oleh JKMWPKL dan tidak boleh diakses oleh ssesiapa,”kata Siti Bainun yang turut memberitahu dia masih perlu membayar sewa RM2,800 sejak ia ditutup hingga sekarang.

Oleh itu, plaintif memohon agar Mahkamah memerintahkan JKMWPKL untuk menanggalkan Lak yang dibuat pada 12 Julai 2021.

Siti Bainun juga memohon agar Rumah Bonda dibenarkan beroperasi di Taman Setapak di sini dan digunakan untuk lain-lain tujuan selain sebagai pusat jagaan.

Turut dimohon ialah perintah dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah.

Berita berkaitan
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
1 jam lalu· Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
1 jam lalu· Isu semasa
Tajuddin sahkan Muhyiddin tak masuk campur kes mahkamah Zahid
June 28, 2022· Politik
Khairy tarik balik rayuan saman fitnah Anwar
June 21, 2022· Politik
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Annuar perjelas punca harga barang naik
1 jam lalu · Isu semasa
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
1 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
1 jam lalu · Isu semasa
MoF sentiasa tingkat subsidi kepada rakyat: Tengku Zafrul
2 jam lalu · Isu semasa
Lagi pengedar dadah Malaysia akan dihukum gantung di Singapura
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
3 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok