Siti Bainun paksa Bella makan nasi goreng banyak cili, kata saksi

June 13, 2022 · Isu semasa

Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, dia ternampak pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali memegang dagu Bella dan memaksa gadis sindrom down itu makan nasi goreng yang dicampur banyak cili.

Pegawai penyelidik undang-undang di sebuah firma guaman, Suhana Zam, 40, memberitahu mahkamah bahawa dia sedang duduk di meja makan di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju, milik Siti Bainun, ketika kejadian pada Mei 2021, lapor Bernama.

“Bella berdiri menghadap Siti Bainun di hadapan peti ais dan terdapat bangku kayu di situ. Saya lihat Bainun meletakkan sepinggan nasi goreng dan cili potong yang banyak, lebih banyak dari nasi goreng.

“Dia (Siti Bainun) campur nasi goreng, dia pegang dagu Bella dan paksa Bella makan. Bella menolak tetapi dipaksa makan.

“Saya terkejut melihat Bella diperlakukan sebegitu. Saya tidak berkata apa-apa kerana ketika itu saya tidak mahu bersemuka dengan Bainun kerana bimbang reaksinya jika berdepan,” kata Suhana semasa peperiksaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, pada perbicaraan kes Siti Bainun.

Dalam prosiding sebelum ini, penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood, 18, memberitahu mahkamah bahawa Bella telah diberi makan seperiuk nasi yang dicampur cuka, kunyit, garam, kicap, cili dan cili serpihan, serta ayam goreng busuk, oleh Siti Bainun pada bulan puasa.

Sementara itu, Suhana berkata, dia juga melihat kesan lebam sebesar tapak tangan di sebelah kanan muka Bella ketika pergi ke rumah Siti Bainun pada 13 Jun 2021.

“Saya ke rumah Bainun sebab Bainun ajak makan ketam raja ala-ala ‘shell out’. Setibanya di rumah pada jam 5 petang saya lihat rambut Bella telah dipotong pendek dan dia memakai baju lengan panjang.

“Bella kelihatan ketakutan dan terdapat kesan lebam sebesar tapak tangan di sebelah kanan mukanya. Itulah keadaan Bella yang paling teruk pernah saya lihat,” kata saksi itu.

Saksi pendakwaan kelapan berkata, semasa berada di rumah itu, dia melihat waktu makan Bella tidak teratur, dan setiap kali remaja itu dihukum berdiri berjam-jam oleh Siti Bainun dia tidak melihat sesiapa memberi gadis itu sebarang makanan atau minuman.

Menjawab soalan Nor Azizah mengenai keadaan Bella yang tidak diberi makan dan minum selama berjam-jam, Suhana berkata remaja itu berdiri sendirian dan tidak boleh bercakap.

Berita berkaitan
Kes Guan Eng, saksi tak tahu berapa kali rasuah dibayar
June 28, 2022· Isu semasa
Mahkamah tangguh keputusan kes rogol amah ADUN Tronoh
June 28, 2022· Isu semasa
Keputusan kes rasuah Bung Mokhtar dan isteri diketahui 2 September ini
June 24, 2022· Isu semasa
Penyanyi Jason Lo bebas tuduhan dadah
June 24, 2022· Isu semasa
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
1 jam lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
2 jam lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
2 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
3 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok