Siswazah bakal terima gaji lebih tinggi pertengahan tahun

April 3, 2021 · Isu semasa

Kerajaan menjangkakan gaji permulaan bagi siswazah lebih tinggi menjelang pertengahan tahun ini berikutan keadaan ekonomi yang dilihat semakin pulih dalam tiga ke empat bulan akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, gaji diterima siswazah tahun lalu jauh lebih rendah susulan penularan pandemik CovidD-19 sehingga memberi kesan buruk kepada pertumbuhan ekonomi negara dan global.

Katanya, tahun lalu negara berdepan kemelesetan ekonomi paling teruk, hingga menjejaskan peluang pekerjaan.

“Sudah pasti para siswazah sanggup untuk menerima gaji lebih rendah daripada biasa. Kita nak rakyat Malaysia menikmati upah gaji yang lebih tinggi, menjadi satu masalah apabila gaji permulaan siswazah tidak meningkat dah 10 ke 20 tahun,” katanya, hari ini.

Mustapa berkata, menjadi hasrat kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang lebih berkualiti sekali gus siswazah yang baharu mula bekerja akan menikmati gaji lebih tinggi.

Dua hari lepas, portal tempatan melaporkan Ketua Perangkawan Malaysia, Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, majoriti siswazah memasuki pasaran pekerjaan tahun lepas menerima gaji bulanan antara RM1,001 hingga RM1,500 berbanding purata RM2,001 hingga RM2,500 yang direkodkan pada tahun 2019.

Berita berkaitan
4,000 siswazah diambil secara ‘one-off’ isi penempatan guru 2023: Radzi
August 25, 2022· Isu semasa
Pasukan khas tangani inflasi beri kesan positif: Mustapa
August 14, 2022· Isu semasa
Kerajaan tangguh, tidak teruskan projek belum bermula
July 17, 2022· Isu semasa
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
July 3, 2022· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
KKM beri penjelasan berhubung pembelian 500 unit ambulans
June 22, 2021
RM86.7 bilion dibelanja pada suku pertama: Kementerian Kewangan
July 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
10 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
10 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok