Siren amaran banjir dengan pembesar suara akan ditambah: Ismail Sabri

January 3, 2022 · Isu semasa

Kerajaan bercadang menambah jumlah siren yang dilengkapi amaran suara di lokasi-lokasi berisiko berlakunya bencana banjir untuk mengarahkan penduduk berpindah, menurut laporan Bernama.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata ia merupakan antara cadangan penambahbaikan menghadapi bencana banjir yang dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Task Force Pengurusan Pasca Banjir Bencana Monsun Timur Laut 2021/2022 (MTL 2021/2022) dipengerusikannya hari ini.

Beliau berkata cadangan penambahbaikan turut meliputi Sistem Amaran Siren Banjir Berpusat dikoordinasi oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta kamera litar tertutup (CCTV) di stesen pemantauan aras air supaya penduduk bersedia untuk berpindah sekiranya air berada pada paras bahaya serta ramalan cuaca berangka.

Katanya bagi meningkatkan tahap perlindungan infrastruktur saliran dan pantai, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mencadangkan peningkatan tahap perlindungan/kala ulangan reka bentuk infrastruktur saliran dan pantai daripada 100 tahun Average Recurrence Interval (ARI) kepada 200 tahun ARI.

Selain itu, mesyuarat juga meneliti cadangan berhubung penambahbaikan komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (CEPA) menerusi aktiviti-aktiviti latih amal banjir dan maklumat yang dihebah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

“Kluster komunikasi strategik yang diterajui KKMM aktif melaksanakan hebahan maklumat sejak bermulanya MTL 2021/2022 dan usaha dipergiatkan sejak jangkaan akan berlaku gelombang kedua bagi memastikan penduduk khususnya dan negara amnya bersedia agar keadaan lebih terkawal,” katanya.

Beliau berkata strategi komunikasi melibatkan promosi hebahan amaran dan situasi semasa, hebahan bantuan-bantuan kerajaan, mengenal pasti isu berbangkit dan ditangani bersama pelbagai agensi serta usaha-usaha mengesan berita palsu dan segera menyiarkan penafian.

Menurutnya platform yang digunakan adalah media massa, media sosial, saluran Jabatan Penerangan, turun padang, advokasi, penerbitan dan usaha-usaha libat urus.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata pelaksanaan semua inisiatif Pasca Banjir Bencana MTL 2021/2022 akan sentiasa dipantau Task Force bagi memastikan mekanisme kesiapsiagaan dan pengurusan bencana negara sentiasa diperkemas dan berada pada tahap optimum.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Lelaki dirakam CCTV raba bontot dihukum penjara setahun
March 31, 2021
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok