Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar

June 7, 2023 · Isu semasa

Kenyataan terkini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkait kadar dasar semalaman (OPR) boleh dianggap menipu atau mengelirukan Dewan Rakyat, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Dr Mahathir, hujah Anwar tidak tepat apabila menggunakan contoh mata wang dolar Singapura mengukuh kerana kenaikan OPR sedangkan republik itu tidak mempunyai dasar tersebut.

“Di Parlimen, Anwar menyeru pembangkang untuk menyokong keputusan kerajaan menaik OPR kerana ia membantu mengukuh ringgit. Pada masa yang sama kenaikan OPR mengakibatan pinjaman orang ramai kepada bank-bank juga meningkat.

“Kata Anwar dolar Singapura mengukuh selepas republik itu menaikkan OPR. Ada pihak telah pertikai kenyataan Anwar kerana Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980-an lagi.

‘Seingat saya memang Singapura tidak ada OPR. Ia ada SORA – Singapore Overnight Rate Average. Pendekatan SORA Singapura dan OPR Malaysia berbeza.

“Sama ada jawapan Anwar boleh dianggap menipu atau mengelirukan Dewan Rakyat terserah kepada ahli-ahli Parlimen menentukan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, perbandingan Singapura dan Malaysia yang dibuat bukan satu perbandingan yang sama atau bukan ‘apple to apple comparison’.

Pada sidang Parlimen semalam, Anwar berkata keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan OPR akan membantu memperkukuh nilai mata wang negara.

Namun kata Anwar, kenaikan OPR atau kadar faedah yang terlalu pantas akan mendatangkan kesan negatif kepada rakyat terutamanya peniaga.

Dalam pada itu, Dr Mahathir yang juga bekas Ahli Parlimen Langkawi menyentuh soal nada Anwar yang kini sudah berbeza berkait hal OPR itu.

“Sebelum jadi perdana menteri, Anwar marah (Datuk Seri) Tengku Zafrul (Aziz), menteri kewangan ketika itu dan menyindir sama ada Tengku Zafrul bekerja untuk bank atau rakyat apabila menaikkan OPR.

“Jadi Datuk Seri Anwar bekerja untuk bank atau rakyat sekarang ini?,” tanyanya.

Menurut Dr Mahathir juga ramai yang melahirkan kebimbangan dengan keadaan nilai ringgit hari ini dan beliau akui tidak yakin dengan cara kerajaan menanganinya.

“Ramai yang datang jumpa saya yang menyatakan kebimbangan berkenaan kedudukan ringgit yang terus merudum berbanding dolar Amerika.

“Saya kata kerajaan perlu lakukan sesuatu kerana ia menyebab keresahan dikalangan peniaga dan juga ibu-bapa yang anak mereka belajar di luar negara.

“Cara kerajaan tangani ringgit yang melemah dan jawapan serta pandangan Anwar berkaitannya sebelum dan selepas jadi perdana menteri tidak memberi keyakinan sama-sekali,” katanya.

Berita berkaitan
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023· Isu semasa
Kemalangan van di Balik Pulau korbankan seorang warga Singapura
September 25, 2023· Isu semasa
RM60.6 juta dipindahkan ke akaun Najib antara Feb-Jun 2011: Saksi
September 19, 2023· Isu semasa
China sokong konsep Asian Monetary Fund dibawa Malaysia: PMX
September 17, 2023· Isu semasa
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
October 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
12 jam lalu · Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
12 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
12 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
19 jam lalu · Isu semasa
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
9 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok