Sindiket keldai akaun di Melaka naik, catat RM12.3 juta

July 16, 2022 · Isu semasa

Sindiket penipuan membabitkan penggunaan ‘keldai akaun’ atau akaun tumpang di Melaka mencatatkan peningkatan sebanyak 13.09 peratus kepada 501 kes dengan kerugian RM12.3 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding 443 kes melibatkan kerugian RM10.3 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata sindiket penipuan tersebut membabitkan tujuh modus operandi (MO) iaitu African Scam dengan jumlah kes sebanyak (30 kes) , Macau Scam (157 kes), pinjaman tidak wujud (98 kes), belian dalam talian (115 kes), tawaran kerja tidak wujud (118 kes), menyamar rakan pinjam wang (33 kes) dan pelaburan (107 kes).

“Antara punca berlaku peningkatan kes keldai akaun ialah kurangnya pendedahan terhadap jenayah melibatkan transaksi kewangan dan desakan hidup yang menyebabkan pemilik akaun sanggup membiarkan akaun mereka digunakan sindiket penipuan semata-mata untuk mendapatkan komisen atau bayaran.

“Berdasarkan peningkatan kes semasa, Polis Melaka akan mempergiatkan program turun padang untuk memberi penerangan dan maklumat jelas berkaitan MO penipuan ini termasuk keldai akaun yang dilihat agak serius,” katanya kepada pemberita selepas Program Walkabout Polis Melaka Bangunan Stadthuys di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Melaka, Supt E. Sundra Rajan dan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit.

Mengulas lanjut, Zainol berkata Macau Scam mencatatkan penggunaan keldai akaun tertinggi iaitu sebanyak 157 kes dengan jumlah kerugian sebanyak RM5.4 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 57 kes dengan kerugian RM3.5 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata penggunaan akaun tumpang membabitkan tawaran kerja tidak wujud juga merekodkan peningkatan sebanyak 112 kes kepada 118 kes dengan kerugian sebanyak RM1.8 juta dalam tempoh sama tahun ini berbanding hanya enam kes dengan kerugian RM64,920 dalam enam bulan pertama tahun lepas.

Beliau berkata selain itu, sebanyak 339 tangkapan melibatkan penggunaan keldai akaun telah dilakukan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 269 orang dalam tempoh sama tahun lepas. – Bernama

Berita berkaitan
Tunggu dasar dan garis panduan KDN berhubung kebenaran jual bunga api, mercun
February 4, 2023· Isu semasa
Himpunan bantah bakar Al-Quran, 10 individu sudah dirakam keterangan polis
February 2, 2023· Isu semasa
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023· Isu semasa
Pegawai MP Bentong dan Setiausaha Akhbar Menteri dipanggil beri keterangan
January 26, 2023· Politik
Popular
BM tiada nilai, tak guna belajar: Ridhuan Tee perjelas sikap Cina
February 6, 2023
Banjir mula landa Kuantan, 1,310 mangsa dipindahkan ke enam PPS
February 6, 2023
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Pemandu lori ditahan polis muat naik video fitnah dalam TikTok
February 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Paras air lima sungai melebihi tahap bahaya, mangsa banjir meningkat
3 jam lalu · Isu semasa
Banjir mula landa Kuantan, 1,310 mangsa dipindahkan ke enam PPS
12 jam lalu · Isu semasa
Kes Ebit Lew: Pendakwa dijangka panggil saksi baharu esok
13 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2023 perlu peruntukan lebih besar untuk rangsang ekonomi: MB Johor
13 jam lalu · Isu semasa
Belum ada laporan rakyat Malaysia terbabit gempa di Turkiye, Syria
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok