Sindiket judi dalam talian tumpas, 4 ditangkap

April 4, 2021 · Isu semasa

Polis menumpaskan sindiket perjudian dalam talian yang mampu mengaut keuntungan ribuan ringgit setiap hari selepas menahan empat lelaki dalam serbuan di sebuah kondomonium mewah, di Jalan Casa Residensi, di Bukit Mertajam, semalam.

Serbuan kira-kira jam 1 tengah hari dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) polis Pulau Pinang bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.

Dalam serbuan itu, empat lelaki warga tempatan berusia 36 dan 37 tahun ditangkap, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais.

“Siasatan awal mendapati premis yang disewa sindiket tersebut dijadikan ‘calling center’ atau pusat panggilan untuk pertaruhan perjudian dalam talian.

“Sindiket itu menyasarkan penduduk tempatan terutama warga emas dan warga Indonesia sebagai pelanggan dengan menggunakan beberapa laman web perjudian online,” katanya.

Premis itu dikatakan beroperasi 24 jam.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas pelbagai peralatan antaranya tiga unit monitor komputer, dua unit pemprosesan komputer dan dokumen serta peralatan lain yang dipercayai digunakan sindiket dalam operasi judi online.

Sindiket dipercayai mengaut keuntungan ribuan ringgit sehari daripada aktiviti tersebut dan dipercayai baru beroperasi hampir sebulan sebelum diserbu pihak polis.

Semua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4(1)(b) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Berita berkaitan
Pelawak lapor polis berhubung pemilihan PKR, dakwa banyak penipuan
June 7, 2022· Politik
Mekanik kerugian RM70,000 diperdaya Macau Scam
June 6, 2022· Isu semasa
Keputusan kes saman Khairuddin ditahan SOSMA pada 24 Ogos
June 2, 2022· Isu semasa
Cari Razak Baginda jika apa-apa berlaku, kata saksi dalam kes Altantuya
May 18, 2022· Isu semasa
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
2 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
3 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
3 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
3 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
4 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok