Sindiket dadah antarabangsa: Datuk, datin kena cekup 

April 11, 2021 · Isu semasa

Sepasang suami isteri bergelar ‘Datuk dan Datin’ adalah antara sembilan individu yang ditahan dalam enam serbuan berasingan di Selangor dan Johor pada Rabu dan Khamis lalu dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Memetik laporan Bernama hari ini, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan dan Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Deputi Comisioner Zainudin Ahmad berkata, ‘Datuk’ terbabit dikenali sebagai ahli perniagaan berusia 59 tahun.

“Polis merampas 12.24 kilogram syabu, 6.61 kilogram pil ektasi dan 420 gram ketamin serta tiga buah kenderaan mewah juga barang kemas, kesemuanya dianggarkan bernilai RM1.39 juta.

“Kumpulan ini yang ditahan hasil operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Selangor dan Johor itu, dipercayai aktif menjalankan pengedaran dadah sejak pertengahan bulan September 2020,” katanya.

Beliau juga percaya sindiket itu menjadikan perairan di sekitar pantai barat Johor termasuk di Batu Pahat untuk membawa keluar dadah berkenaan bagi pasaran di Indonesia.

Daripada sembilan ditahan, seorang didapati positif dadah dan lima daripadanya mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah termasuk ‘Datuk’ yang pernah dipenjara selama lima tahun, sebelum ini, juga berkaitan dadah.

Semua suspek warga tempatan berusia antara 22 hingga 59 tahun itu, ditahan reman selama tujuh hari sehingga Rabu depan untuk siasatan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Zainudin berkata kumpulan sindiket itu dipercayai mempunyai kaitan dengan tangkapan pihak berkuasa Taiwan, bulan lepas, melibatkan pengedaran dadah antarabangsa.

“Tiga warga Malaysia dan empat warganegara Indonesia ditahan di perairan Taiwan dengan rampasan membabitkan dadah jenis ketamin seberat 281 kilogram dengan anggaran nilai sebanyak RM15 juta,” katanya

Susulan itu, pihak berkuasa Taiwan telah menghubungi pihaknya mengenai tangkapan berkenaan dan hasil siasatan mereka mendapati kesemua individu terbabit mengaku mempunyai kaitan dengan kumpulan di Malaysia ini.

“Polis kini sedang giat mencari saki-baki ahli kumpulan ini yang dipercayai menjadi perantara berdasarkan modus operandi mereka menggunakan jalan laut untuk menyeludup keluar dadah,” katanya.

Berita berkaitan
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023· Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023· Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok