Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang bernilai RM1.27 bilion

July 4, 2022 · Isu semasa

Sime Darby Bhd menamatkan perniagaan pelabuhan bukan teras dengan menjual keseluruhan kepentingan ekuiti dalam syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada 1.92 bilion yuan (kira-kira RM1.27 bilion).

Anak syarikat milik penuh tidak langsung kumpulan, Sime Darby Overseas (HK) Ltd (SDOHK) telah menandatangani perjanjian untuk menjual kepentingannya dalam lapan entiti kepada SPG Bohaiwan Port Group Co Ltd, yang merupakan sebahagian daripada Shandong Port Group Co, lapor Bernama.

Shandong Port Group Co merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh kerajaan wilayah Shandong untuk menyatukan aset pelabuhan di wilayah tersebut.

Syarikat-syarikat yang dijual itu menyediakan pelbagai perkhidmatan pelabuhan seperti memuatkan dan memunggah kontena, pukal kering, pukal berasingan, kargo am dan cecair serta perkhidmatan penyimpanan untuk pelanggan pelabuhan.

Dalam kenyataan pada Isnin, Sime Darby menjelaskan selain pertimbangan penjualan, SDOHK akan menerima jumlah indikatif 541 juta yuan (kira-kira RM357 juta) sebagai pembayaran balik pinjaman pemegang saham.

“Hasil penjualan syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang oleh Sime Darby akan digunakan untuk pelaburan masa depan perniagaan teras kumpulan dalam sektor perindustrian dan automotif di samping sebagai perbelanjaan modal dan/atau pembayaran balik pinjaman jangka pendek,” menurutnya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Sime Darby secara beransur-ansur menjual aset yang telah dikenal pasti sebagai bukan teras, sebagai sebahagian daripada usaha kumpulan menyelaraskan portfolio dan menggunakan semula modal bagi menyokong pertumbuhan perniagaan teras dalam bidang perindustrian dan automotif.

Ia menambah, penjualan ini termasuk penjualan perniagaan pengurusan air di Weifang serta kepentingan dalam Tesco Malaysia, Eastern & Oriental Bhd dan tiga pelabuhan sungai di Jining.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata China kekal sebagai antara pasaran penting Sime Darby dan ia menyumbang hampir 40 peratus kepada perolehan kumpulan.

Beliau berkata perniagaan perindustrian dan automotif kumpulan di negara itu meliputi 120 lokasi dan 14 wilayah.

Pihaknya berharap dapat menyalurkan hasil yang diterima daripada penjualan ini untuk meluaskan dan mengukuhkan kedudukan SIme Darby dalam sektor perindustrian dan automotif di China selain terus meneroka peluang dalam pasaran lain, katanya.

“Tempoh beberapa tahun lepas amat mencabar bagi sektor pelabuhan, dan kami terhutang budi kepada kerajaan wilayah Shandong kerana menyempurnakan penjualan ini, lantas membolehkan kami menyalurkan hasil yang diraih untuk mengembangkan perniagaan teras kami,” katanya.

Perjanjian penjualan saham itu dijangka dapat diselesaikan pada suku keempat 2022.

Berita berkaitan
Kerajaan China kenakan perintah berkurung kepada penduduk bandar Wuhan
July 28, 2022· Dunia
KDN anggar 1.2 juta lebih warga China tidak keluar Malaysia
July 26, 2022· Isu semasa
China keluar amaran tahap kuning susulan suhu panas melampau
July 23, 2022· Dunia
China gesa dunia hulur bantuan kepada Afghanistan
June 24, 2022· Dunia
Popular
Peguam Najib pilih tak kemuka hujahan selepas permohonan ditolak
August 18, 2022
[KEMAS KINI] Peguam Najib mohon tarik diri
August 18, 2022
Mahkamah tolak permohonan Hisyam tarik diri wakili Najib
August 18, 2022
Najib arah Perbendaharaan percepat proses pinjaman RM2b SRC
August 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Tiga pemimpin anak muda anjur perhimpunan haram didakwa
18 minit lalu · Isu semasa
Lima lelaki serang pusat tahfiz, ustaz dipenjara 10 bulan, denda RM2,000
1 jam lalu · Isu semasa
Mat Sabu, Chin Tong dedah petikan laporan audit forensik projek LCS
1 jam lalu · Isu semasa
Najib arah Perbendaharaan percepat proses pinjaman RM2b SRC
2 jam lalu · Isu semasa
66.82 peratus pelajar cemerlang STPM golongan B40
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok