Sijil vaksin palsu: Tiga doktor antara 25 ditahan setakat ini

February 10, 2022 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini telah menahan 25 individu kerana disyaki terlibat dengan penipuan penjualan sijil vaksin palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata penahanan individu berkenaan adalah hasil pengesanan sembilan kes di seluruh negara.

Beliau berkata mereka yang ditahan membabitkan masing-masing tiga doktor dan jururawat, tujuh ejen, seorang staf klinik serta 11 orang awam, lapor Bernama.

“Kes terbaharu adalah di Sabah yang mana staf (klinik) membuat laporan terhadap seorang doktor (didakwa) melakukan penipuan terhadap sijil vaksin di Kinarut, Sabah,” katanya dalam sidang media khas di Menara KPJ, di sini.

Menurut Mohd Kamarudin, laporan tersebut dibuat oleh staf klinik pada 4 Februari (Jumaat) lepas dan doktor berusia 37 tahun yang juga seorrang daripada 25 suspek telah ditahan pada 7 Februari (Isnin) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Siasatan hampir selesai. Kami akan rujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan dan arahan selanjutnya,” katanya.

Berita berkaitan
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023· Isu semasa
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Bayi lelaki ditemui tepi longkang dalam longkang ditinggalkan
November 26, 2023· Isu semasa
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
15 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
16 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
23 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
23 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
7 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok