Sijil vaksin palsu, MMA gesa tindakan tegas dakwa ke muka pengadilan

January 11, 2022 · Isu semasa

Tindakan tegas perlu diambil terhadap kumpulan yang terlibat dalam memalsukan sijil vaksinasi Covid-19, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Gesaan itu disuarakan Presidennya, Dr Koh Kah Chai yang menyifatkan tindakan kumpulan tersebut mencalar imej integriti profesion perubatan dan mendesak mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan.

“Kami mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Kami juga menggesa orang ramai membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti rasuah dalam sektor kesihatan,” katanya dipetik laporan.

Dr Koh berkata, MMA tidak membenarkan aktiviti sedemikian yang memusnahkan integriti profesion perubatan, lebih-lebih lagi jika menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan awam.

Justeru, beliau meminta orang ramai menyalurkan sebarang maklumat atau aduan jika mengesan perbuatan seperti itu kepada MMA menerusi laman [email protected].

Semalam, Polis Terengganu membongkar kegiatan penjualan sijil vaksinasi Covid-19 dipercayai palsu selepas menahan seorang doktor sebuah klinik swasta dalam satu serbuan di Marang pada Sabtu lalu dan merampas pelbagai dokumen berkaitan, 100 kad janji temu vaksinasi, komputer riba serta telefon.

Susulan penahanan doktor lelaki berusia 51 tahun itu, polis dan Jabatan Kesihatan Terengganu sedang menyiasat sama ada kira-kira 1,900 individu yang berurusan untuk divaksin dengan klinik berkenaan diberi sijil vaksinasi tulen atau sebaliknya.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, dilaporkan berkata, serbuan jam 7 malam itu hasil aduan awam mengenai kegiatan penipuan disyaki membabitkan pengeluaran sijil vaksin kepada golongan yang tidak mahu disuntik vaksin atau antivaksin.

Difahamkan, setiap individu yang ingin mendapatkan sijil vaksinasi palsu perlu membayar antara RM400 hingga RM600 berbanding harga sebenar suntikan RM300 sahaja. Doktor terbabit disyaki melakukan urusan penjualan secara dalam talian sejak September lalu.

Individu dari luar Terengganu juga dipercayai turut menggunakan khidmat doktor berkenaan bagi mendapatkan sijil vaksinasi palsu dan suspek juga dipercayai menggunakan ejen yang diberi komisen RM50 untuk mempromosikan khidmatnya.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok