Sifar kematian akibat Covid semalam, kali pertama sejak 18 bulan: KKM

June 20, 2022 · Isu semasa

Tiada kematian akibat komplikasi Covid-19 direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Ahad, 19 Jun 2022), lapor Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Ia menyamai rekod kali terakhir sifar kematian yang dicatat pada 18 Disember 2021 apabila tiada pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19. Virus SARS-CoV-2 mula melanda Malaysia sejak Januari 2020.

Jumlah kematian tertinggi akibat komplikasi Covid-19 yang pernah direkodkan di negara ini ialah sebanyak 592 kes, termasuk 88 pesakit yang meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID), menurut rekod laman sesawang Github KKM yang dikemas kini tengah malam tadi.

Jumlah kematian tertinggi yang direkodkan sepanjang 2022 pula ialah sebanyak 115 kes pada 2 Mac lalu.

Sehingga semalam, kumulatif kematian akibat Covid-19 kekal pada 35,732 kes, termasuk 7,579 kes BID.

Berikut adalah pecahan kumulatif kematian akibat Covid-19 mengikut negeri sehingga 19 Jun 2022:

  • Selangor – 10,677;
  • Johor – 4,533;
  • Sabah – 3,127;
  • Kuala Lumpur – 2,822;
  • Kedah – 2,650;
  • Pulau Pinang – 1,995;
  • Perak – 1,931;
  • Sarawak – 1,738;
  • Negeri Sembilan – 1,478;
  • Kelantan – 1,420;
  • Melaka – 1,129;
  • Pahang – 977;
  • Terengganu – 868;
  • Perlis – 188;
  • Labuan – 155; dan
  • Putrajaya – 44.

Sementara itu, KKM juga melaporkan jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam semalam turun mendadak kepada 1,690 kes daripada 2,127 yang direkodkan pad Sabtu.

Daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,260 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19; penerima dua dos (285 kes); individu tidak divaksinasi (133 kes); dan penerima belum lengkap vaksinasi (12 kes).

Jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 sebanyak 4,540,612 kes, dengan 4,478,936 pesakit telah sembuh, termasuk 2,108 yang pulih semalam.

Sehingga semalam juga sebanyak 25,944 kes masih aktif, turun berbanding 26,363 kes yang direkod pada Sabtu.

Pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah juga turun kepada 24,906 kes, berbanding 25,350 pada Sabtu, namun jumlah yang ditempatkan di PKRC meningkat kepada 15 pesakit berbanding hanya lapan pada Sabtu.

Sementara itu, jumlah individu yang menerima rawatan di hospital akibat Covid-19 sehingga semalam meningkat kepada 1,000 kes daripada 981 pesakit pada Sabtu.

Jumlah pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi pula kekal 23 kes, dengan 15 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikut adalah pecahan kes harian semalam serta kumulatif positif sejak 2020 mengikut negeri:

  • Selangor – 749 (1,380,799);
  • Johor – 56 (385,317);
  • Sabah – 93 (373,432);
  • Kuala Lumpur – 287 (364,449);
  • Sarawak – 48 (307,365);
  • Kedah – 36 (301,200);
  • Pulau Pinang – 92 (283,627);
  • Kelantan – 16 (248,136);
  • Negeri Sembilan – 84 (206,459);
  • Perak – 95 (205,720);
  • Pahang – 19 (172,065);
  • Terengganu – 7 (126,437);
  • Melaka – 53 (125,333);
  • Labuan – 2 (21,441);
  • Putrajaya – 51 (21,321); dan
  • Perlis – 3 (17,511).

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
Youtuber tarik tudung dua wanita Islam didakwa di mahkamah
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kedah tanggung enam bulan sewa rumah mangsa banjir Baling: MB
7 minit lalu · Isu semasa
Zahid mengaku anak diminta pantau pelaksanaan pelaburan dalam hotel
18 minit lalu · Isu semasa
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
54 minit lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
1 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
3 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok