Sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin, titah Agong

June 16, 2021 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al￾Mustafa Billah Shah bertitah agar sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli-ahli Dewan Rakyat.

Dalam satu kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata keputusan yang diperkenan oleh Baginda selepas memperhalusi semua pandangan para pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi kerajaan.

“Seri Paduka Baginda amat menyedari tentang peranan Parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak Covid-19.

“Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan Kerajaan bagi membantu rakyat yang di dalam kesempitan dan bagi memulihkan semula ekonomi negara,” titahnya.

Tuanku bagaimanapun tidak menitahkan Proklamasi Darurat yang sedang berjalan ketika ini ditamatkan pada Ogos nanti.

Dalam pada itu, Tuanku turut menzahirkan harapan agar angka jangkitan wabak Covid-19 dapat dilandaikan dengan segera dan berpandangan vaksinasi merupakan satu-satunya “exit strategy” bagi mengawal penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Sehubungan dengan itu, katanya, Tuanku menzahirkan pandangan bahawa Kerajaan perlu bertindak tegas memudahkan birokrasi dan mempercepatkan proses vaksinasi kepada rakyat agar matlamat imuniti kelompok 80 peratus (herd immunity) dapat dicapai seawal mungkin.

Tuanku turut menzahirkan pandangan bahawa perlu adanya pentadbiran Kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Terdahulu hari ini berlangsungnya Persidangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan proses demokrasi akan tetap didukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan mengumumkan sidang Parlimen akan dibuka semula pada September atau Oktober nanti.

Muhyiddin bagaimanapun menegaskan sidang Parlimen tersebut perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan kerajaan terlebih dahulu perlu memastikan usaha memerangi penularan Covid-19 dapat ditangani dengan segera.

Malaysia ketika ini sedang melalui tempoh Darurat selepas Agong telah berkenan menggunakan kuasa Baginda berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk menguatkuasakan perintah tersebut.

Baginda yakin bahawa Darurat ini merupakan langkah paling berkesan buat masa ini bagi menghadapi pandemik Covid-19 yang kini mencecah angka yang sangat membimbangkan dalam negara.

Tempoh Darurat ini berkuatkuasa sehingga 1 Ogos 2021 atau satu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid- 19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Covid-19: 76 kematian semalam, Selangor lepasi 700,000 kes positif
October 21, 2021
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok