Sidang khas Dewan Negara lulus usul pelanjutan Subseksyen 4(5) SOSMA

July 27, 2022 · Isu semasa

Sidang Khas Dewan Negara hari ini meluluskan usul lanjutan Subseksyen 4(5) Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) (Akta 747) untuk terus berkuat kuasa bagi tempoh lima tahun lagi mulai 31 Julai ini.

Usul dibentang oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, lapor Bernama.

Ketika membentangkan usul itu, Hamzah berkata, Subseksyen 4(5) perlu dilanjutkan bagi menangani ancaman terhadap kedaulatan negara, keselamatan dan ketenteraman awam.

Subseksyen itu antaranya menyebut, seorang pegawai polis berpangkat Penguasa Polis atau berpangkat lebih tinggi daripada Penguasa Polis boleh melanjutkan tempoh tahanan untuk tempoh yang tidak lebih daripada 28 hari bagi maksud penyiasatan.

Hamzah ketika menggulung perbahasan usul itu menafikan pelanjutan subseksyen itu membolehkan berlakunya penindasan mahupun kezaliman terhadap tahanan.

Hamzah berkata hak asasi individu, hak berjumpa peguam dan hak supaya waris dimaklumkan mengenai tangkapan berkenaan sudah sedia ada dalam akta itu.

“Seksyen 5 SOSMA memperuntukkan hak kepada suspek untuk dimaklumkan sebab tangkapan. Kita tangkap dan kita maklumkan kepada dia sebab apa (ditangkap).

“Kemudian, hak suspek untuk berjumpa peguam, ada dalam akta itu sendiri. Hak untuk dimaklumkan kepada waris kadim, juga ada. Selain itu, suspek juga diberikan hak untuk dibicarakan di mahkamah di bawah Seksyen 12 SOSMA,” katanya.

Seramai 24 Senator mengambil bahagian pada sesi perbahasan usul berkenaan.

Semalam, usul itu diluluskan Dewan Rakyat setelah melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 111 Ahli Parlimen bersetuju manakala 88 tidak bersetuju dan 21 tidak hadir.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Dua anggota Kabinet baharu angkat sumpah Ahli Dewan Negara
December 12, 2023· Politik
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Muhyiddin, keluarga ucap selamat menyambut Deepavali
October 23, 2022
27 kawasan di Selangor dilanda banjir kilat awal pagi ini
November 17, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
21 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
21 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok