Sidang DUN tangguh: Speaker, timbalan dan 23 petugas positif Covid

March 21, 2022 · Isu semasa

Sidang pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang ke-14 ditangguhkan ke suatu tarikh baharu berikutan Yang Dipertua DUN Datuk Zulkefly Mohamad Omar dan Timbalan Datuk M Ravi disahkan positif Covid-19.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata beliau dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Razali Ab Malik telah menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi memaklumkan perkara itu serta mendapatkan perkenan penangguhan persidangan kali ini, pagi tadi.

Beliau berkata persidangan DUN negeri itu sepatutnya dijadual bermula hari ini hingga Khamis dimulakan dengan acara perasmian pembukaan persidangan oleh Tuanku Muhriz, lapor Bernama.

“Selain kedua mereka (Zulkefly dan Ravi), terdapat 23 petugas termasuk ketua jabatan di negeri ini dijangkiti Covid-19.

“Penangguhan persidangan DUN ini pertama kali berlaku di negeri ini, disebabkan pandemik.

“Jika ikut peraturan, Yang Dipertua DUN sementara boleh dilantik tetapi memandangkan ramai petugas dewan dijangkiti Covid-19 jadi persidangan terpaksa ditangguhkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Aminuddin berkata selain itu terdapat Rang Undang-Undang (RUU) Pemegangan Tanah Adat 2022 dan Penggubalan RUU akan dibentangkan pada persidangan kali ini dan memerlukan kehadiran Yang Dipertua DUN dan Timbalannya itu.

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga mendapat kerjasama daripada Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan bagi menyediakan perkhidmatan jurubahasa isyarat untuk memastikan golongan orang kurang upaya itu dapat mengikuti perkembangan persidangan DUN kali ini.

Berita berkaitan
RUU Anti Lompat Parti diluluskan di DUN Sabah, Hajiji lega
May 25, 2023· Politik
Kes saman: MP DAP fail rayuan tangguh bayar ganti rugi RM2 juta
May 23, 2023· Isu semasa
UMNO belum tahu kerusi yang akan ditandingi di P. Pinang, masih berunding
May 22, 2023· Politik
Saya masih berpegang dengan keputusan untuk berehat: Azmin
May 22, 2023· Politik
Popular
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
49 minit lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
4 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
4 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
42 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok