Sidang Dewan Rakyat Kedua, isu rasuah Menteri DAP dan pegawai dijangka hangat

May 22, 2023 · Isu semasa

Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Majlis Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat bersidang selama 11 hari bermula hari ini sehingga 15 Jun depan.

Dijangka isu melibatkan rasuah pegawai dan Menteri DAP baru-baru ini bakal menghangatkan sidang Dewan Rakyat selepas tiada tindakan susulan diambil melibatkan kes yang mendapat perhatian umum baru-baru ini.

Selain itu, beberapa persoalan mengenai kos perbelanjaan Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan kerajaan campuran di beberapa negeri juga dijangka menjadi topik yang akan dibangkitkan blok pembangkang.

Kegagalan kerajaan campuran dalam menangani isu kos sara hidup dan ekonomi rakyat juga akan menjadi persoalan yang perlu dijawab oleh menteri, selain kenaikan tarif elektrik yang diumumkan baru-baru ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, isu berhubung dasar baharu dan drastik berhubung ekonomi negara dibangkitkan Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut-PN) kepada Perdana Menteri pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan.

Pada sesi sama, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Kota Bharu-PN) turut bertanyakan Perdana Menteri sama ada kerajaan bercadang untuk menggubal Akta Pembelaan Awam bagi menyediakan perkhidmatan bantuan guaman untuk kes jenayah di negara ini agar rakyat yang kurang berkemampuan turut mendapat akses kepada keadilan dan pembelaan sewajarnya.

Dalam pada itu, Gobind Singh Deo (Damansara-PH) membangkitkan soalan kepada Menteri Komunikasi dan Digital berhubung inisiatif yang dilakukan kerajaan dalam mempromosikan perniagaan digital serta langkah yang diambil dalam membantu syarikat tempatan di pasaran global.

Menteri Pertahanan pula dijadualkan menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah-PN) mengenai kesiapsiagaan aset pesawa Sukhoi 30-MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) khususnya melibatkan alat ganti jet pejuang berkenaan berikutan sekatan ekonomi negara barat terhadap Rusia yang merupakan negara pengeluar asal pesawat terbabit.

Selepas sesi itu, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan sesi pembentangan untuk bacaan kali pertama Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-undang Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) 2023.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini bersidang selama 11 hari bermula 22 hingga 25 Mei dan bersambung semula pada 6 hingga 15 Jun ini.

Berita berkaitan
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
1 jam lalu· Politik
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
7 jam lalu· Politik
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
8 jam lalu· Politik
UMNO, DAP, PKR alliance – Towards marital bliss or total disaster?
June 1, 2023· Rencana
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
June 2, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
1 jam lalu · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
4 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
7 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok