‘Siasat pastor Kristian kutip derma umat Islam untuk sebar Kristian’

May 2, 2021 · Isu semasa

Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Johor mendesak pihak berkuasa menyiasat kegiatan seorang pastor yang menyebarkan agama Kristian kepada orang ramai, termasuk umat Islam dan membuat kutipan derma secara haram di daerah ini.

Dua NGO terbabit iaitu Tindakan Ekonomi Komuniti B40 Johor dan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Johor mendakwa aktiviti pastor terbabit menyebabkan ketidaktenteraman dan mengganggu keharmonian agama Islam di negeri ini.

Memetik laporan Berita Harian, Pengerusi Tindakan Ekonomi Komuniti B40 Johor, Datuk Mohd Fadel Alwi, dilaporkan berkata gesaan itu hadir susulan klip video bertajuk ‘Pastor Kristian Disangka Muslim Meminta Derma’ yang didedahkan dalam laman Facebook Firdaus Wong Wai Hung pada Jumaat lalu.

“Pastor terbabit didakwa pemilik profil Facebook (FB) bernama Zerah Kingdom giat meminta derma daripada orang Islam dengan menggunakan akaun bank peribadinya.

“Wang yang diterima itu kemudian dipercayai digunakan untuk melakukan aktiviti kebajikan kepada masyarakat di Kluang termasuk memberi derma dan sedekah serta menganjurkan kelas mengaji Iqra kepada orang Islam di Kluang.

“Pemilik akaun Zerah Kingdom juga menggunakan ayat bersifat Islamik untuk kerja dilakukannya itu walhal beliau adalah seorang pastor Kristian. Pendedahan dalam klip video itu menyatakan terdapat bukti ramai orang Islam terpedaya dengan taktiknya itu membuat sumbangan ke dalam akaun miliknya,” katanya selepas membuat laporam polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, hari ini.

Mohd Fadel berkata, laporan polis berkenaan dibuat bagi menjamin kesejahteraan agama Islam sebagai agama Persekutuan mengikut Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

“Siasatan lanjut dan tindakan tegas juga mesti diambil kerana pihak berkenaan sudah menipu dengan menyalahgunakan akaun bank persendirian mengutip sumbangan orang ramai terutama orang Islam bagi tujuan penyebaran agama Kristian,” katanya.

Berita berkaitan
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Ahli Parlimen dilarang guna ‘kafir’, ‘zionis’ dan ‘yahudi’ semasa berbahas: Speaker
October 23, 2023· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023· Politik
Rayuan wanita cabar keputusan murtad Mahkamah Syariah ditolak
August 28, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok