‘Siapa cepat dapat vaksin AstraZeneca’

April 28, 2021 · Isu semasa

Vaksin AstraZeneca Covid-19 tidak dimasukkan ke dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Penyelarasnya, Khairy Jamaluddin.

AstraZeneca adalah vaksin Covid-19 yang ketiga tiba di Malaysia selepas Pfizer-BioNTech dan Sinovac. Secara umumnya pemberian vaksin Pfizer-BioNTech dan Sinovac setakat ini berjalan lancar.

Sehubungan itu, katanya, vaksin AstraZeneca hanya akan diberikan kepada pemohon sukarela menerusi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas.

Khairy berkata, langkah berkenaan diambil susulan kebimbangan masyarakat mengenai keselamatan dan kesan vaksin berkenaan.

“Selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, vaksin AstraZeneca tidak akan digunakan dalam program arus perdana program imunisasi.

“Vaksin AstraZenaca hanya akan diberikan kepada pemohon sukarela yang sudah melihat segala fakta mengenai vaksin itu dan penilaian kesihatan ke atas mereka akan dibuat.

“Pemberian vaksin ini tidak dihadkan kepada mereka yang layak untuk menerima vaksin dalam fasa dua PICK, ia dibuka kepada semua. Siapa cepat, dia yang dapat vaksin AstraZeneca,” katanya hari ini.

23 April lalu, Malaysia menerima 268,800 dos vaksin Covid-19 AstraZeneca yang diperoleh melalui fasiliti COVAX di Korea Selatan.

Berdasarkan penelitian terhadap semua data daripada pengeluar dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), didapati kelebihan menggunakan vaksin tersebut adalah melebihi kemudaratan.

Berita berkaitan
MITI jumpa wakil AstraZeneca bincang perluaskan operasi di Malaysia
January 20, 2023· Isu semasa
2,191 kes semalam, dua kematian
August 29, 2022· Isu semasa
Lebih 70.95 juta dos vaksin Covid-19 diberikan sehingga semalam
June 3, 2022· Isu semasa
10 individu gagal cabar dasar vaksinasi Covid-19 di mahkamah
May 30, 2022· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Solat sunat Aidilfitri: Jemaah digalak pakai pelitup muka
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok