Siap siaga, kekalkan kemerdekaan negara, tangkis ancaman: Acryl

August 19, 2022 · Isu semasa

Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diseru meletakkan diri pada tahap kesiapsiagaan tertinggi dan kekal dengan moto iaitu sedia berkhidmat dalam apa jua situasi, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata jika dahulu pejuang negara berjaya menuntut kemerdekaan daripada penjajah, kini PDRM pula berada dalam era untuk mengekal kemerdekaan sebuah negara berdaulat agar ia tidak kembali dijajah dalam apa jua bentuk ancaman akan datang, lapor Bernama.

Menurutnya, keutuhan integriti dan disiplin diri yang tinggi adalah satu perkara utama dan tidak boleh dikompromi khususnya membabitkan isu keselamatan negara.

“Jelas sekali bahawa, integriti adalah teras dalam pembentukan dan pemantapan jati diri kita. Tanpa jati diri dan integriti yang kukuh, sudah semestinya dan pastinya kita akan berhadapan dengan kegagalan.

“Sesungguhnya kita berada dalam landasan perjuangan yang menuntut pengorbanan tanpa balasan. Kita hanya mengharapkan sokongan dan doa agar sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa untuk terus berjuang demi memikul amanah dan tanggungjawab demi raja dan negara,” katanya ketika menyampaikan amanat sempena Perhimpuan Bulanan Ketua Polis Negara di Bukit Aman di sini hari ini.

Sementara itu, Acryl Sani berharap Jabatan Siasatan Jenayah terus kekal komitmen dalam mengurangkan kadar indeks jenayah.

“Pada masa sama, kita merangka pelan keselamatan yang lebih komprehensif bagi mendepani cabaran jenayah baharu seperti pornografi kanak-kanak, jenayah siber seksual, buli siber dan pemerdagangan manusia yang semakin dapat perhatian masyarakat.

“Langkah pencegahan yang berterusan dan berstrategi serta pembanterasan jenayah secara agresif dan menyeluruh dapat membina persepsi positif sekali gus menaik imej PDRM di mata masyarakat,” katanya.

Berita berkaitan
Kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli belah dibuka polis
September 24, 2022· Isu semasa
‘Geng San Sentosa’ tumpas, polis rampas empat pistol
September 16, 2022· Isu semasa
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022· Isu semasa
Tiada negara dapat sahkan lokasi Jho Low, PDRM alu-alukan maklumat
September 9, 2022· Isu semasa
Popular
Pendakwaan mohon hukuman penjara ditambah 3 bulan terhadap Lokman
September 29, 2022
Tuan Ibrahim sokong cadangan Speaker tetapkan tarikh PRU secara automatik
September 29, 2022
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
September 29, 2022
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB
10 jam lalu · Isu semasa
Bursa ditutup rendah lagi, susut bawah paras 1,400
11 jam lalu · Isu semasa
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
11 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Guru besar kekal sebagai pentadbir sekolah, kata Radzi
6 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan masih kaji kanabis sebagai rawatan penagih, bukan hukuman
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok