Shahrir Samad terima elaun bulanan RM25,700, kata saksi

July 26, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa veteran UMNO Tan Sri Shahrir Ab Samad menerima elaun bulanan berjumlah RM25,700 daripada Bahagian Hal Ehwal Ahli Parlimen semasa menjadi Ahli Dewan Rakyat.

Penolong Pegawai Tadbir Tinggi, Bahagian Hal Ehwal Ahli Parlimen, Parlimen Malaysia, Rosli Mat Jinun, 49, berkata semasa bekas Ahli Parlimen (MP) Johor Bahru itu dilantik sebagai Ahli Dewan Rakyat pada 8 Julai 1978, beliau menerima elaun bulanan, keraian, telefon, elaun tetap pemandu kereta, elaun perjalanan, bayaran khas, elaun bahan api kenderaan dan tol.

“Tan Sri Shahrir telah dilantik sebagai Ahli Dewan Rakyat pada 8 Julai 1978. Selepas Pilihan Raya Umum ke-13, bermula 5 Mei 2013, Tan Sri Shahrir menerima elaun-elaun tersebut berjumlah RM13,108.59.

“Namun, bermula tarikh 1 Jan 2015, pelarasan elaun Ahli Dewan Rakyat telah diselaraskan dan Tan Sri Shahrir menerima elaun-elaun tersebut berjumlah RM25,700. Setiap Ahli Parlimen yang menjadi anggota Ahli Dewan Rakyat, layak menerima elaun bulanan tetap itu,” katanya.

Saksi pendakwaan pertama itu berkata demikian semasa membacakan penyataan saksinya pada perbicaraan bekas pengerusi Felda itu yang berdepan tuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Rosli yang antaranya ditugaskan untuk menguruskan pembayaran dan pemberhentian elaun ahli Parlimen yang terdiri daripada Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat, turut mengesahkan bahawa elaun-elaun tersebut dibayar oleh Bahagian Hal Ehwal Ahli Parlimen ke akaun Public Bank milik Shahrir.

Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113 (1) (a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun bank milik tertuduh.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, pada 25 April 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung esok. – Bernama

Berita berkaitan
Najib pegang banyak jawatan untuk lakukan jenayah dalam SRC: Pendakwa
11 jam lalu· Isu semasa
Najib tidak cuba lindungi kepentingan SRC, berniat lakukan jenayah: Pendakwa
14 jam lalu· Isu semasa
Saya doakan Najib dan keluarga tabah, kata Hishammuddin
August 17, 2022· Politik
Asyraf kritik keputusan dalam kes Najib, boleh dituduh hina mahkamah
August 17, 2022· Politik
Popular
Peguam sendiri tarik diri, Najib kata malang tak dapat beri hujah pembelaan
August 18, 2022
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
August 18, 2022
Skandal LCS: Rafizi dakwa syarikat ditubuh di Malta bawa lari RM192 juta
August 18, 2022
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
August 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
8 jam lalu · Isu semasa
SPRM masih teruskan siasatan skandal kapal LCS tak siap: Azam
9 jam lalu · Isu semasa
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
10 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh ke paras terendah sejak Januari 2017
10 jam lalu · Isu semasa
Bicara 1MDB libatkan Najib ditangguh, beri laluan rayuan kes SRC berlangsung
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok