Shahrir bayar penuh beli kereta Honda RM118,485 guna cek: Saksi

August 8, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad telah membuat pembayaran penuh bagi pembelian sebuah kereta jenis Honda Civic Hibrid bernilai RM118,485 menggunakan sekeping cek, sembilan tahun lepas.

Eksekutif Akaun Sutera Auto Sdn Bhd Rozana Khalid, 43, yang terlibat dalam proses penutupan akaun bagi pembelian kereta berwarna putih itu berkata Ab Shahrir membuat pembayaran itu pada 21 Dis 2013, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian semasa membacakan pernyataan saksi pada perbicaraan kes bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Saksi pendakwaan ketujuh itu turut mengesahkan salinan cek dan resit bayaran yang ditunjukkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Azmi.

Rozana juga berkata terdapat tiga kaedah pembayaran bagi pembelian tunai iaitu menggunakan wang tunai, kad kredit dan cek namun kebarangkalian untuk seseorang berbuat demikian hanya satu atau dua peratus.

“Kebiasaannya pembeli akan membuat pinjaman bank. Sebagai contoh, daripada 50 unit yang terjual mungkin dua atau tiga orang akan membeli secara tunai dan pembayaran itu akan dibuat sama ada dalam bentuk wang tunai atau kad kredit,” katanya.

Terdahulu, mahkamah mendengar keterangan Eksekutif Pentadbiran Sutera Auto Sdn Bhd Nurrul Hafizah Md Roslan, 40, berhubung invois yang disediakan selepas urusan pembayaran dan pendaftaran kenderaan itu selesai.

Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung esok.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok