Shafee sakit, perbicaraan kes Najib, RM2.28 bilion dana 1MDB tangguh

October 6, 2022 · Isu semasa

Perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kes penyelewengan RM2.28 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini (6 Oktober 2022) ditangguh, sementara menunggu peguam bela utamanya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, pulih daripada sakit.

Peguam Najib yang lain, Alaistair Brandah Norman memberitahu Mahkamah Tinggi petang ini bahawa Shafee sedang dalam cuti perubatan selama empat hari.

“Malangnya, dan dengan rasa kesal, kami perlu memaklumkan kepada Yang Arif bahawa peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah sakit pagi ini dan telah mengambil beberapa hari cuti untuk beliau pulih daripada keadaannya.

“Saya mengemukakan kebenaran perubatan kepada mahkamah ini bagi hari-hari berikutnya, 6 hari ini sehingga 9 Oktober.

“Seperti yang dilihat oleh Yang Arif, sijil perubatan tidak mempunyai sebarang butiran tetapi saya ingin memaklumkan kepada mahkamah ini bahawa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah jatuh sakit.

“Dia mengalami demam panas dan jangkitan tekak yang teruk yang menyebabkan dia tidak dapat menanganinya kes di mahkamah ini bagi tujuan pemeriksaan balas saksi yang akan dipanggil hari ini, dan ini juga dengan perkara Mahkamah Rayuan yang pada awalnya ditetapkan pagi ini,” katanya.

Petang ini, Shafee pada mulanya dijangka menyoal balas bekas Pengarah Urusan Kumpulan AmBank Cheah Tek Kuang, yang merupakan saksi pendakwaan ke-39 dalam perbicaraan ini.

Pagi tadi, Shafee tidak hadir pada perbicaraan di Mahkamah Rayuan kerana tidak sihat, menyebabkan lima anak guamnya – termasuk National Feedlot Corporation (NFCorp) – diarah membayar kos RM5,000 kepada responden Public Bank Bhd untuk kelewatan terkini dalam kes tersebut.

Portal berita kewangan The Edge melaporkan peguam Public Bank Yoong Sin Min telah meminta kos kerana ia adalah penangguhan ketujuh sejak pelanggan Shafee memfailkan rayuan pada 2019, dengan Yoong juga menyatakan bahawa ia adalah kali kedua Shafee meminta penangguhan untuk sebab peribadi (perlu berada di AS sebelum ini dan tidak sihat hari ini).

Najib, yang dilihat memakai sut biru tua dengan tali leher biru tua, menghadiri perbicaraan 1MDB hari ini.

Perbicaraan 1MDBnya di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah dijadualkan disambung semula pada 11 Oktober.

Najib, 67, menghadapi empat tuduhan menyalahgunakan kuasa dan kedudukan berkaitan dana 1MDB berjumlah RM2.8 bilion.

Ahli Parlimen Pekan itu juga didakwa atas 16 tuduhan menerima wang hasil aktiviti haram daripada akaun Tanore Finance Corporation di Falcon Private Bank, Singapura ke akaun AmIslamic Bank Berhad miliknya sebelum memindahkannya semula ke akaun milik Tanore berjumlah RM2,196,786,711.87.

Najib turut didakwa dengan lima tuduhan, menggunakan hasil daripada aktiviti haram untuk disalurkan kepada lima pihak.

Ia membabitkan RM20,000,000 kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO); UMNO Bahagian Batu Kawan (RM100,000); ahli perniagaan, Lim Soon Peng (RM246,000); ORB Solutions Sdn. Bhd (RM2,000,000) dan Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd (RM303,000).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Cuaca buruk, proses pengundian digantung di Baram
November 19, 2022· Isu semasa
Pinda laporan 1MDB: Najib bela diri atau bebas diketahui 30 Januari
November 15, 2022· Isu semasa
Najib belanja RM1.2 juta di hotel Trump pada 2017, pilih bilik mewah
November 15, 2022· Isu semasa
Zahid ulang lagi kata lantikan PM terserah kepada budi bicara Agong
November 15, 2022· Politik
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022
3,024 kes baharu, lapan kematian
November 26, 2022
Kerajaan laksana PKP di 6 daerah Selangor bermula 6 Mei
May 4, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
19 minit lalu · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
12 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
23 jam lalu · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok