Sewa kantin, premis atau ruang sekolah dikecualikan 6 bulan

July 4, 2021 · Isu semasa

Ekoran penutupan aktiviti persekolahan sepanjang pelaksanaan Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), bayaran sewaan kantin dan premis/ruang di sekolah yang terjejas akan dikecualikan selama enam bulan.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata pengecualian itu bermula bulan ini, ia termasuk penyewa kedai buku, koperasi, kedai dobi atau mesin layan diri yang terjejas di sekolah di bawah kementerian.

“KPM juga akan memberi penyambungan kontrak sewaan kantin dan premis atau ruang di sekolah bawah KPM secara automatik untuk satu tahun apabila tempoh kontrak asal tamat,” kata kenyataan itu.

Selain itu, KPM juga akan melanjutkan kontrak perkhidmatan kepada kontraktor Bekalan Makanan Bermasak yang terlibat dengan mengambil kira tempoh perkhidmatan yang terjejas.

Bagi perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan, pihak kementerian menjelaskan pembayaran kepada kontraktor akan dibuat sepenuhnya seperti yang dinyatakan dalam kontrak, justeru tidak timbul isu kontraktor perlu memotong gaji pekerja mereka.

“KPM yakin inisiatif berkenaan dapat membantu meringankan beban kewangan penyedia perkhidmatan di institusi bawah KPM serta pekerja terlibat yang terkesan oleh pandemik COVID-19,” katanya lagi.

Sektor pendidikan hanya akan dibuka semula secara berperingkat pada Fasa Tiga dalam PPN yang dijangka bermula September 2021.

Berita berkaitan
Mangsa buli sekolah sehingga hilang pendengaran peroleh ganti rugi RM600,000 lebih
October 17, 2023· Isu semasa
Gerakan sokong usaha ajar Hadis 40 di sekolah kepada sekolah agama: Dominic
August 27, 2023· Politik
Logo DAP pada cek sumbangan, Pemuda PN bidas tatakelola kerajaan PH-UMNO
August 24, 2023· Politik
Radzi jawab tuduhan Maszlee, nasihat korbankan perangai busuk hati
June 29, 2023· Politik
Popular
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok