Setpol PM lapor polis analisis Agenda Daily

January 31, 2022 · Isu semasa

Satu laporan polis dibuat oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Mohammad Anuar Mohd Yunus terhadap Agenda Daily berhubung analisis yang didakwa palsu dan memanipulasi kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini yang merujuk kepada artikel bertajuk “Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, ‘rayu’ jangan tarik sokongan” disiarkan Agenda Daily semalam.

“Laporan ini dibuat berhubung ketiga-tiga laporan tersebut yang mengandungi kenyataan palsu dan adalah fitnah jenayah berkaitan kenyataan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya yang turut membuat laporan sama terhadap dua lagi portal dan blog.

Anuar mendakwa ketiga-tiga portal itu dengan sengaja dan tidak beretika telah membuat laporan yang salah dengan niat jahat dan mencemarkan nama baik Perdana Menteri serta menyebarkan kenyataan palsu juga menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat.

“Kenyataan ini yang telah dimanipulasi oleh ketiga-tiga portal tersebut daripada kenyataan sebenar Perdana Menteri ketika ditanya pemberita pada satu majlis di Bera pada Sabtu 29 Januari 2022,” katanya.

Beliau berkata laporan kepada polis dibuat supaya pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan serius ke atas pemilik ketiga-tiga portal berkenaan.

Memetik FMT Anuar berkata pihaknya tidak menuntut tiga portal itu tampil memohon maaf, sebaliknya mahu tindakan tegas dikenakan ke atas mereka.

“Kita serah kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan, kalau kita minta mereka minta maaf hari ini, esok mereka buat lagi. Hari ini kita buat laporan polis dulu lepas itu kita maklum kepada peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Berita berkaitan
Teman lelaki bunuh dan bakar kekasih hamil didakwa hari ini
17 jam lalu· Isu semasa
Dua saksi dicari bantu perbicaraan kes bunuh warga Indonesia
May 30, 2023· Isu semasa
Kes bunuh dan bakar wanita, reman seorang lelaki disambung 5 hari
May 29, 2023· Isu semasa
Dua aktivis PN direman empat hari selepas kritik kerajaan isu kalimah Allah
May 26, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
10 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
10 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
11 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok