Setiausaha Negara AS puji cara Malaysia kendali Covid-19

December 15, 2021 · Isu semasa

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken hari ini memuji kepimpinan Malaysia dalam mengendalikan pandemik Covid-19 sejak wabak itu mula melanda negara awal tahun lalu.

Beliau turut memuji kepimpinan dan kejayaan Malaysia yang luar biasa itu juga, sehingga mempunyai keupayaan untuk mengedar lebihan vaksin ke negara lain dan juga kepada Covax.

“Ini amat dihargai dan bukti kepimpinan sebenar,” katanya pada sidang media bersama Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Wabak Covid-19 yang melanda negara awal tahun lalu ditangani dengan sempurna oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum disambung Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain memperhebatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Muhyiddin turut menangani kesusahan rakyat dengan menyediakan berbilion-bilion ringgit pakej bantuan dan rangsangan ekonomi.

Sehingga semalam, lebih 55.2 juta dos vaksin Covid-19 diberikan menerusi PICK, di mana keseluruhannya 25,522,460 individu atau 78.2 peratus populasi Malaysia telah lengkap divaksin, manakala 79.5 peratus atau 25,935,479 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Tatkala, permulaan kemuncak gelombang Covid-19 melanda negara bermula Mei kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Jun 2020 bertujuan menyekat penularan Covid-19.

Kesan daripada tindakan pantas yang dilakukan sehingga hari ini kes harian semakin menurun di bawah paras 4,000 kes. Walaupun, jumlah kumulatif positif mencapai 2,703,140 kes, namun 2,615,162 pesakit telah sembuh.

Sementara itu, memetik Bernama, Blinken berkata kerana kepimpinan dan kejayaan luar biasa itu membolehkan Malaysia mempunyai kapasiti untuk menyumbang lebihan vaksin ke negara lain dan kepada COVAX, sebuah inisiatif global untuk perkongsian vaksin. .

Beliau berkata ketika mesyuarat dua hala dengan Saifuddin, kedua-dua pihak menyentuh mengenai apa yang boleh dilakukan bersama untuk mengatasi cabaran semasa Covid-19 dan membuat persiapan lebih baik untuk menangani pandemik pada masa depan.

“Kita perlu ambil peluang ini untuk kukuhkan sistem keselamatan kesihatan global. Jadi pada masa akan datang kita lebih berupaya untuk mencegah, mengesan dan mungkin menangani pandemik baharu dengan lebih berkesan,” katanya.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken hari ini memuji kepimpinan Malaysia dalam mengendalikan pandemik Covid-19 sejak wabak itu mula melanda negara awal tahun lalu. – Gambar Reuters

Blinken tiba di Kuala Lumpur pada Selasa malam untuk mengadakan lawatan kerja dua hari. Beliau sebelum ini singgah di Jakarta, Indonesia dan akan meneruskan kunjungannya ke Bangkok, Thailand.

Beliau berkata AS sedang berusaha untuk melaksanakan komitmennya untuk terus menyumbang kepada COVAX, supaya vaksin COVID-19 dapat diagihkan secara saksama.

“Menjelang 2022, AS menjangkakan untuk menyumbang 1.2 bilion vaksin di seluruh dunia, kami mempunyai komitmen untuk bantu apa yang boleh bagi menutup jurang vaksinasi,” katanya.

Mengenai persoalan Malaysia dan AS bekerjasama dalam pembangunan dan pengedaran vaksin, Blinken berkata beliau dan Saifuddin telah bersetuju bahawa menghasilkan vaksin sahaja tidak mencukupi, memastikan vaksin dapat diagihkan secara adil dan sama rata juga penting.

Beliau berkata terdapat pelbagai cabaran untuk mengagihkan vaksin di banyak negara di dunia, daripada aspek jarak, logistik sehinggalah kepada pengedaran.

Satu daripada cara untuk mengatasinya ialah dengan memastikan terdapat kapasiti pengeluaran vaksin di negara yang berbeza, sebagai contoh, di Malaysia.

Selain itu, AS berusaha mewujudkan dana antarabangsa bagi memastikan adanya sumber untuk digunakan pada masa depan apabila diperlukan, selain membolehkan langkah-langkah sewajarnya diambil untuk melindungi diri.

“Satu daripada masalah yang telah kita lihat apabila pandemik atau dilanda krisis, dunia akan kelam kabut atur langkah. Dan apabila krisis berakhir, kita leka, bila berlaku krisis baharu, kita perlu mula balik semua perkara dari awal.

“Jadi satu sebab untuk memiliki dana antarabangsa ini, bagi memastikan negara mempunyai keupayaan untuk mengharungi dan menyediakan perlindungan diperlukan jika berlaku pandemik lagi.

“Adalah sangat penting untuk kita bekerjasama, tetapi saya fikir Malaysia telah membuktikan caranya sendiri untuk membantu dunia menangani pandemik ini dan diharapkan dapat mencegah wabak lain,” katanya.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Serang ustaz, pelajar tahfiz: Dua lelaki ditahan, tiga masih diburu
August 12, 2022
Skandal LCS: “Duit BNS sudah habis, esok pun company boleh lingkup”
August 13, 2022
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
August 13, 2022
Menteri agama gesa KDN ambil tindakan wanita pakai ihram lelaki
August 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Skandal kapal tak siap, kontraktor bawa petugas media ke tapak pembinaan
20 minit lalu · Isu semasa
Mufti Pulau Pinang bidas wanita pakai ihram ketika umrah tak berakal
37 minit lalu · Isu semasa
Kerajaan cadang bina litar perlumbaan drag seluruh negeri: PM
44 minit lalu · Isu semasa
RUU Sumbangan Politik dibentang pada Oktober: Wan Junaidi
48 minit lalu · Isu semasa
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok