Setelah gagal batal kes rasuah kini Rosmah mohon tangguh perbicaraan

September 28, 2021 · Isu semasa

Permohonan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor untuk menangguhkan perbicaraan kes rasuah yang dihadapinya sementara menunggu rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan perbicaraan kes itu, akan didengar Isnin ini.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah dan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, ketika dihubungi Bernama mengesahkan permohonan penangguhan itu akan didengar di Mahkamah Rayuan pada Isnin.

Akberdin berkata mahkamah menetapkan 13 Oktober untuk pengurusan kes rayuan Rosmah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya bagi membatalkan perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid sekolah Sarawak dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwaan.

Pengurusan kes bagi permohonan penangguhan dan rayuan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Mohd Khairi Haron hari ini.

Pada 24 September lalu, Rosmah, gagal dalam permohonannya untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid yang dihadapinya dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwaan dalam kes itu.

Ketika menolak kedua-dua permohonan Rosmah itu, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan berkata kebenaran yang diberikan oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas kepada Sri Ram untuk menjalankan pendakwaan jenayah dalam kes Rosmah adalah tanpa keraguan berdasarkan Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) atas kapasitinya sebagai Pendakwa Raya

Beliau berkata Thomas telah menyatakan dengan jelas bahawa beliau, selepas melantik Sri Ram untuk mengetuai pendakwaan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kemudiannya memberi kuasa kepada beliau untuk menjalankan pendakwaan kes jenayah terhadap pemohon (Rosmah).

Rosmah memfailkan dua permohonan di Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Mei lalu untuk membatalkan keseluruhan perbicaraannya, dalam usaha untuk dibebaskan daripada tiga pertuduhan rasuah serta menggugurkan Sri Ram sebagai ketua pendakwaan kesnya.

Rosmah, dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin berkaitan projek tenaga solar itu menerusi bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor.

Ia sebagai balasan kerana membantu Jepak Holdings memperoleh Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel untuk 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion daripada Kementerian Pendidikan secara rundingan terus.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; di kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta, Taman Duta serta di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan September 2017.

Pada 18 Februari lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah membela diri atas kesemua tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid itu dan beliau dijadual membela diri pada 5 Oktober.

Berita berkaitan
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
17 jam lalu· Politik
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022· Isu semasa
Shahrir bayar penuh beli kereta Honda RM118,485 guna cek: Saksi
August 8, 2022· Isu semasa
Saksi kes Guan Eng akui bayar orang tengah RM19 juta sebab diugut
August 8, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
10 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
10 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
10 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok