Setakat semalam, seramai 6.8 juta sudah terima vaksin pertama dan kedua

Penerima vaksin yang berusia lebih 80 tahun bergambar sambil memegang placard selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 buat kali ke-2 di PPV Axiata Arena, Bukit Jalil. – Gambar Agenda Daily, 7 Jun, 2021.

Dos vaksin pertama dan kedua yang sudah diterima orang ramai kini berjumlah 6,823,104 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Jumlah penerima dos pertama ialah 4,924,334 orang dan daripada jumlah itu, 1,898,770 orang menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka dibawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Sementara itu, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 251,260 orang, diikuti Johor (199,873), Sarawak (195,607), Perak (173,389) dan Kuala Lumpur (163,987).

Mengenai vaksinasi harian PICK, beliau berkata sebanyak 268,604 dos diberikan semalam berbanding 252,773 dos pada hari sebelumnya.

Menurut Dr Adham daripada jumlah itu, 175,201 merupakan penerima dos pertama manakala 93,403 adalah dos kedua.

POPULAR