Serentak pasport kluster mahkamah dikembalikan, AG langsung tidak bantah?

October 27, 2021 · Isu semasa

Timbul persoalan mengapa Peguam Negara (AG) langsung tidak membantah permohonan beberapa individu dalam kluster mahkamah yang meminta pasport mereka dikembalikan kononnya atas urusan peribadi, malah lebih menghairankan ia berlaku hampir serentak.

Adakah ia satu kebetulan apabila satu persatu kluster mahkamah yang sedang berdepan pertuduhan dan dibicarakan kini dikembalikan pasport mereka semula serta boleh ke luar negara seolah-olah bebas seperti tidak melakukan sebarang kesalahan.

Kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian sekarang ini melibatkan bekas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak; Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah; dan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Didahului dengan, Rosmah – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Oktober lalu membenarkan permohonannya mendapatkan sementara pasport sementara bagi membolehkan beliau ke Singapura melawat anaknya Nooryana Najwa yang akan bersalin.

Rosmah, 69, dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin berkaitan projek tenaga solar itu menerusi bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor

Permohonan itu tidak dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam.

Melalui peguamnya Rahmat Hazlan, Najib turut memfailkan permohonan sama di Mahkamah Rayuan di Putrajaya, bagi mendapatkan sementara pasportnya, tanpa bantahan daripada pihak pendakwaan.

Pada 18 Oktober, mahkamah itu membuat keputusan membenarkan permohonan Najib itu. Kemudiannya, Najib mengemukakan pula permohonan mengubah tarikh penyerahan semula pasportnya kepada tiga Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengendalikan kesnya.

Tiga Timbalan Pendakwa Raya iaitu Mohd Ashrof Adrin Kamarul, Mohamad Mustaffa, dan Shafiq Hasim, tidak membantah.

Bagi kes Zahid pula Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Oktober lalu membenarkan permohonan Presiden UMNO itu supaya pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkan beliau menerima rawatan di Munich, Jerman.

Zahid sedang menghadapi 40 pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) bernilai lebih berjumlah SG$13.56 juta.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, tidak membantah permohonan itu.

Pada masa sama beliau juga menghadapi 47 tuduhan – 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 untuk pengubahan wang haram – melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Sementara itu pada 25 Oktober lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan peguam Muhammad Shafee untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bermula 27 Oktober hingga 30 November ini bagi membolehkannya berjumpa anak lelakinya dan menyelesaikan pengajian tingginya di The New School Person, New York, Amerika Syarikat.

Muhammad Shafee didakwa dengan dua tuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram melalui cek milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Timbalan Pendakwa Raya, S Nithia yang memaklumkan pihaknya tidak membantah permohonan itu.

Apa yang menimbulkan persoalan ialah kenapa semua Timbalan Pendakwa Raya dalam kes keempat-empay individu berprofil tinggi itu tidak mengemukakan bantahan.

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) turut membangkitkan persoalan sama selain meminta Jabatan Peguam Negara menjelaskan kenapa tiada bantahan dibuat terhadap permohonan itu.

Dalam kenyataan C4 berkata, adalah mengejutkan bekas Perdana Menteri itu dibenarkan melakukan perjalanan luar negara, selepas mengambil kira beliau sudah dijatuhkan hukuman dalam kes rasuah dan pecah amanah jenayah (CBT).

Untuk rekod, Najib sendiri telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai 2020 setelah didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan berkaitan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Walaupun Najib mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu, beliau juga turut berdepan dengan beberapa pertuduhan di tiga mahkamah berasingan yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan International Petroleum Investment Company (IPIC).

Adakah pasukan pendakwaan itu telah mendapat arahan daripada Peguam Negara untuk mendiamkan diri? Atau ada campur tangan pihak lain supaya pasport keempat-empat mereka dikembalikan sementara?

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok