Serangan terhadap badan kehakiman agak melampau, keji: Ketua Hakim Negara

April 27, 2022 · Isu semasa

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata meskipun hakim tertakluk kepada kritikan awam dan memikul tanggungjawab memberikan perkhidmatan terbaik, tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap mereka serta badan kehakiman kebelakangan ini agak keterlaluan.

Beliau berkata walaupun rakyat termasuk ahli politik bebas mengkritik badan kehakiman pada tahap tertentu, tidak bermakna mereka boleh melakukan serangan yang tidak berasas dan keji terhadap badan kehakiman atau hakim tertentu demi kepentingan sendiri.

Katanya sejak kebelakangan ini, mahkamah telah menangani kes berprofil tinggi serta membabitkan kepentingan awam dan sudah menjadi lumrah buat hakim untuk menerima kritikan serta tuduhan daripada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah.

Bagaimanapun, Tengku Maimun berkata apa yang berlaku baru-baru ini berhubung tuduhan dilemparkan terhadap hakim dan badan kehakiman, pada pandangan beliau, adalah agak keterlaluan, lapor Bernama.

“Apabila wujud keperluan untuk mengkritik badan kehakiman, perkara inin hendaklah dibuat secara membina dan tidak menjejaskan kebebasannya serta keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman,” katanya ketika berucap pada majlis angkat sumpah 17 pesuruhjaya kehakiman yang disahkan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi.

Tengku Maimun berkata mana-mana pihak tidak sepatutnya menyemai benih-benih keraguan dalam kalangan orang ramai berhubung integriti badan kehakiman atau hakim.

Beliau berkata hakim tertakluk kepada penelitian yang rapi dan sebab itulah mereka menulis penghakiman agar ia boleh dibaca, dianalisis, dibincang serta dibahaskan.

Katanya badan kehakiman adalah barisan pertahanan terakhir dalam demokrasi berperlembagaan dan tidak boleh ada syak wasangka bahawa ia telah ditakluki.

Tengku Maimun berkata hakim tidak seharusnya berputus asa dan berasa tawar hati apabila melaksanakan tugas mereka mengikut prinsip undang-undang sambil menambah bahawa sistem keadilan dan kebebasan badan kehakiman tidak boleh dikompromi dalam apa jua keadaan.

“Walau apapun, kita mesti kekal kuat dan tabah serta teguh dalam mendukung Kedaulatan Undang-Undang. Meskipun kita tidak boleh mengawal kata-kata atau tindakan sesetengah pihak yang nekad untuk mencemari atau memusnahkan imej badan kehakiman, kita masih berhak memastikan bahawa tiada siapa pun yang mencampuri urusan kita. Dalam kata lain, tiada siapa bole campur tangan dalam badan kehakiman jika kita para hakim tidak membenarkan perkara itu berlaku,” katanya.

Baru-Baru ini, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang mendengar kes Datuk Seri Najib Razak dan mensabitkan bekas Perdana Menteri itu dengan pertuduhan bherkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, telah membuat laporan polis berhubung artikel berita mendakwa beliau telah disiasat mengenai isu wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada 21 April lepas memaklumkan bahawa Mohd Nazlan menafikan dakwaan palsu, tidak berasas dan berniat jahat itu yang bertujuan menjejaskan kerdibiliti beliau sebagai seorang hakim serta mengganggu pentadbiran keadilan jenayah dan badan kehakiman.

Badan kehakiman turut membuat laporan polis berhubung dakwaan wujud konspirasi antara Tengku Maimun dan pemimpin politik untuk mempercepat perbicaraan serta hukuman terhadap Najib dan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pada majlis hari ini, seramai 17 pesuruhjaya kehakiman mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di hadapan Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.

Mereka ialah Datuk Seri Latifah Mohd Tahar, 60, Datuk Amarjeet Singh, 53, Datuk Duncan Sikodol, 62, K. Muniandy, 60, Dr Shahnaz Sulaiman, 53, Evrol Mariette Peters, 54, Christopher Chin Soo Yin, 64, Ong Chee Kwan, 58, Mohd Radzi Abdul Hamid, 59, Datuk Aslam Zainuddin, 56, Datuk Julie Lack, 61, Wong Siong Tung, 58, Leonard David Shim, 56, Nadzarin Wok Nordin, 59, Quay Chew Soon, 58, Atan Mustaffa Yussof Ahmad, 52, dan Anand Ponnudurai, 55.

Pelantikan mereka berkuat kuasa hari ini.

Berita berkaitan
Puad pertahan kritikan terhadap Rafizi berhubung isu ‘formula’
June 7, 2023· Politik
Sita akaun, Bersatu kemuka permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman
May 30, 2023· Politik
Kerajaan sedia hadap kritikan media, kata Anwar
May 28, 2023· Isu semasa
Tun Maimun dedah gangguan terhadap badan kehakiman tahun lalu
January 9, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
11 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
11 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
15 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok