Serangan siber melibatkan perniagaan meningkat di Malaysia: Kaspersky

April 26, 2023 · Isu semasa

Ancaman laman web yang menyasarkan perniagaan di Malaysia meningkat sebanyak 197 peratus tahun lepas, menurut keselamatan siber global dan penyedia anti-virus, Kaspersky.

Kaspersky dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata semasa pandemik berada di kemuncak pada tahun 2020, ia menghalang 10,200,817 serangan laman web daripada menjangkiti perniagaan di Asia Tenggara, menurut laporan Bernama.

“Serangan laman web melonjak pada 2022 dengan merekodkan 13,381,164, jumlah itu menurun sedikit pada 2021 kepada 9,180,344,” katanya.

Kaspersky berkata Singapura mencatatkan lonjakan tertinggi tahun ke tahun daripada segi ancaman web yang menyasarkan perniagaan tahun lepas.

“Negara-negara di Asia Tenggara mencatatkan peningkatan lebih tiga kali ganda (329 peratus) selepas penyelesaian perniagaan Kaspersky menyekat sejumlah 889,093 serangan siber, kenaikan yang mengejutkan daripada jumlah keseluruhan 207,175 pada 2021.

“Peningkatan itu juga dicatatkan di negara-negara Asia Tenggara lain dengan Malaysia (197 peratus), Thailand (63 peratus), Indonesia (46 peratus) dan Filipina (29 peratus).

Hanya Vietnam yang menyaksikan penurunan sedikit (-12 peratus) selepas merekodkan hanya 2,485,168 insiden ancaman web tahun lepas berbanding 2,822,591 pada 2021, kata Kaspersky.

Ancaman berasaskan laman web atau ancaman dalam talian, merujuk kepada percubaan untuk memuat turun objek/perisian berniat jahat daripada tapak laman web berniat jahat atau dijangkiti dengan perisian hasad.

Kaspersky berkata ancaman laman web disebabkan kesilapan pengguna, pembangun dan pengendali perkhidmatan web atau perkhidmatan laman web itu sendiri.

“Tidak kira niat atau punca, akibat ancaman laman web boleh merosakkan individu dan organisasi,” katanya.

Berita berkaitan
RUU Keselamatan Siber akan digubal segera, NACSA dan MKN jadi agensi tonggak
June 15, 2023· Isu semasa
Malaysia antara 5 negara paling banyak terima e-mel jahat
August 25, 2022· Isu semasa
Cara untuk mengelak diri anda digodam: 5 petua keselamatan internet daripada OctaFX
August 25, 2022· Rencana
Satu daripada dua cubaan pancingan data di Malaysia berkaitan kewangan
June 22, 2022· Isu semasa
Popular
Dua maut, 51 mangsa tanah runtuh di Kuala Kubu Bharu masih hilang
December 16, 2022
TUDM pintas, halau 16 pesawat tentera China ceroboh ruang udara kita
June 1, 2021
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok