Serangan penyakit baru-baru ini paling teruk kata Dr Mahathir

February 9, 2022 · Isu semasa

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan apa yang dialaminya ketika dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini, adalah serangan penyakit yang paling teruk baginya.

Sehinggakan kata bekas Perdana Menteri Malaysia dua kali itu, beliau sudah tidak berharap akan pulih semula seperti sedia kala.

Namun katanya, hasil doa orang ramai serta rawatan yang diberikan pakar dari IJN, beliau kini sudah semakin pulih walaupun tidak sepenuhnya.

“Saya telah pulih daripada satu penyakit yang bagi saya amat teruk, adakalanya saya tak harap nak pulih.

“Namun Alhamdulillah, dengan rawatan yang saya dapat dari IJN, saya pulih. Saya mengucapkan terima kasih kerana ramai yang mendoakan saya pulih.

“Waktu ni saya boleh makan… saya boleh tidur… saya boleh duduk… saya almost macam biasalah tapi tak lah begitu boleh nak buat kerja apa semua,” katanya menerusi klip video yang disiarkan dalam laman media sosial rasmi beliau hari ini.

Gambar beliau bersiar bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, diiringi pegawainya turut dimuat naik dalam laman sosial itu.

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 7 Januari bagi menjalani prosedur perubatan elektif sehari selepas itu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari 2022.

Bagaimanapun, 22 Januari lalu beliau sekali lagi dimasukkan ke IJN dengan laporan awal mengatakan keadaannya membimbangkan.

Susulan itu, anak perempuannya Datin Paduka Marina dalam kenyataan memaklumkan bahawa keadaan Dr Mahathir stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Januari.

Katanya, Dr Mahathir yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Koronari IJN, kini ceria dan bersemangat untuk kembali pulih sepenuhnya.

Berita berkaitan
Kolestrol saya tinggi, kata Rafizi selepas keluar wad
October 30, 2023· Politik
Rafizi seorang yang kuat, Saifuddin Nasution beri kata semangat
October 25, 2023· Politik
Serangan jantung, Rafizi kini stabil diberi rawatan: Dr Zaliha
October 21, 2023· Politik
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok