Serang ustaz, pelajar tahfiz: Dua lelaki ditahan, tiga masih diburu

August 12, 2022 · Isu semasa

Polis menahan dua lelaki dan masih memburu tiga lagi individu setelah menyerang seorang ustaz dan pelajar sebuah sekolah tahfiz di Jalan Cheneras, Kuala Lipis, semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azli Mohd Noor berkata kedua-dua lelaki terbabit ditahan di kawasan Damak, Jerantut, susulan laporan polis yang dibuat.

Kejadian serangan itu turut tular di media sosial.

Menurutnya dalam kejadian jam 5.10 petang semalam, suspek berusia 30-an bersama seorang pelajar tahfiz pergi ke pusat tahfiz itu yang mana tiga orang menyerang mangsa berusia 30-an yang ditugaskan menjaga pusat terbabit.

Ustaz berkenaan menerima empat jahitan di mata kanan dan tangan cedera serta lebam pada badan dalam kejadian yang dikatakan berpunca daripada tidak puas hati soal bayaran makanan.

Azli dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.43 petang yang dibuat oleh seorang pelajar tahfiz berusia 11 tahun yang turut cedera di badan ketika bersama ustaz terbabit.

Menurutnya, punca kejadian akibat tidak puas hati terhadap ustaz berkenaan kerana pembayaran makanan di pusat tahfiz.

“Bertindak atas laporan polis, polis menjalankan beberapa serbuan pada awal pagi tadi di kawasan Damak, Jerantut di mana dua lelaki ditahan manakala tiga lagi masih bebas.

“Semakan mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan lampau jenayah dadah dan mereka berdua juga positif methamphetamine,” katanya.

Azli berkata, suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 448 kanun sama.

“Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Tiga lagi suspek yang masih bebas sudah dikenal pasti dan usaha mengesan serta menahan mereka sedang dijalankan,” katanya.

Berita berkaitan
Kes bunuh dan bakar wanita, reman seorang lelaki disambung 5 hari
9 jam lalu· Isu semasa
Dua aktivis PN direman empat hari selepas kritik kerajaan isu kalimah Allah
May 26, 2023· Politik
Kes tembak sehingga maut, polis tahan dua lelaki bantu siasatan
May 25, 2023· Isu semasa
Polis tahan wanita muat naik gambar tatu kalimah Allah
May 24, 2023· Isu semasa
Popular
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
52 minit lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
2 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
2 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
2 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
6 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok